Options
Pengaruh dan Cabaran Teknologi Kepintaran Pembuatan (AI) dalam Proses Penerbitan Kandungan Media
Date Issued
2024
Abstract
Mutakhir ini pengaruh teknologi hebat menekan pemilik dan para pengamal media untuk bergerak seiring bagi memastikan kelestarian kandungan media dan perniagaan syarikat. Jika kesan konvergen penyiaran televisyen dan jalur lebar internet telah menghapuskan sempadan antara siaran televisyen dengan internet, pengaruh teknologi digital telah mengubah siaran media khususnya terhadap penjadualan program media, pengagihan kandungan, model perniagaan dan tingkahlaku pengguna. Penggunaan teknologi digital juga mengubah tren proses penerbitan kandungan media konvensional mahupun digital. Beberapa media tempatan dilihat sudah memperkenalkannya dalam proses kerja iaitu dari sudut pemilihan isi kandungan berita, penyuntingan, pemaparan visual dan penyampaian kepada khalayak. Walau bagaimanapun, sesetengah pihak berpandangan bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) ini mampu 'membunuh' wartawan, jurukamera, serta editor and teknologi yang meliputi keseluruhan proses menerbitan kandungan media seperti akhbar, rancangan televisyen dan video pendek dari sudut penghasilan karya asli, kreativiti dan kesan sosial kepada pengkarya dan pengamal media. Apakah pengaruh dan kesan perubahan dan perkembangan teknologi digital kepada industri media tempatan? Justeru kajian ini ingin meninjau pengaruh penggunaan teknologi digital khususnya teknologi kepintaran pembuatan (AI) dalam proses penerbitan media dalam kalangan pengamal media di syarikat media.
File(s)
Loading...
Name
Pengaruh dan Cabaran Teknologi Kepintaran Pembuatan (AI) dalam Proses Penerbitan Kandungan Media.pdf
Size
182.38 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):baec80d0ee71db7ad59f92d889344cc1