Publication:
Analisis Bibliomatrik Kajian Hak Kebebasan Beragama di Malaysia Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dalam Pangkalan Data Scopus

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Isu hak kebebasan beragama (HKB) tidak asing lagi dalam bidang kajian di Malaysia. HKB di Malaysia terikat dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dijamin bagi setiap warganya. Namun terdapat perbezaan pentafsiran HKB dari konteks antarabangsa dan menurut undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Hal ini menyebabkan Malaysia dilaporkan sebagai negara yang mendiskriminasi HKB untuk rakyatnya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis beberapa kajian lepas yang telah diterbitkan berkaitan HKB di Malaysia dengan menggunakan metodologi analisis bibliomatrik. Oleh itu, kajian telah membuat carian menggunakan kata kunci (("religious freedom" OR "freedom of religion" OR "freedom of faith" OR "religious liberty" OR "right to worship" OR "freedom of religious practice" OR "freedom of religious expression" OR "religious toleration" OR "spiritual liberty") AND (Malaysia OR "Malaysia constitution" OR "federal constitution of Malaysia" OR "Malaysia law" OR "legal Malaysia")) di pengkalan data Scopus. Hasil kajian mendapati sebanyak 74 dokumen telah diperolehi. Tambahan lagi, analisis telah dikelaskan kepada 7 kategori iaitu, (1) Jenis penerbitan, (2) Bidang kajian, (3) Tahun penerbitan, (4) Nama penulis, (5) Jurnal penerbitan, (6) Afiliasi penulis, dan (7) negara. Walaupun tumpuan penerbitan tentang HKB di Malaysia adalah di jurnal-jurnal antarabangsa atau bukan jurnal tempatan, HKB di Malaysia masih menjadi antara bidang kajian yang signifikan dalam kalangan ahli akademik di Malaysia. Oleh yang demikian, pada masa akan datang, kajian tentang HKB di Malaysia akan terus menjadi tema penting dalam penerbitan artikel atau lain-lain di pengkalan data yang diindeks oleh Scopus.

Description

E-Proceeding Islamic Science Social Postgraduate Conference 2023 (ISSPeC 2023) “The Tradition of Knowledge as a Catalyst for the Sustainability of Civilization”/ editors : Anita Binti Ismail, Farah Laili Binti Muda @ Ismail, Kamal Azmi Bin Abd Rahman, Afi Roshezry Bin Abu Bakar, Ikmal Hafiz Bin Jamal Organized by: Institut Sains Islam (ISI) & Pusat Pengajian Teras (PPT) 30 November 2023

Keywords

Hak kebebasan beragama, Perlembagaan, Malaysia, analisis bibliomatrik, Scopus

Citation

Ain Balkis Mohd Azam , Kamal Azmi Abd Rahman , Khadijah Muda , Adibah Sulaiman , Abdul Hakim Mohad , & Sarjit Singh Darshan Singh. (2023). Analisis Bibliomatrik Kajian Hak Kebebasan Beragama di Malaysia Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dalam Pangkalan Data Scopus. 74–81. https://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/01/ISSPeC-2023-E-Proceeding-Final.pdf

Collections