Publication: Kebolehgunaan Terjemahan Iltifat Kata Ganti Nama Ilahi Oleh Abdullah Basmeih Dalam Al-Quran
Loading...
Date
2024
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Al-‘Abqari Journal
Abstract
Kajian memfokuskan terjemahan iltifāt Kata Ganti Nama [KGN] Ilahi oleh Abdullah Basmeih dalam al-Quran. Penyelidikan kualitatif ini meninjau kualiti terjemahannya daripada sudut kebolehgunaan dalam kalangan pembaca sasaran. Data dipilih secara bertujuan, iaitu ayat al-Quran dengan iltifāt KGN Ilahi, terjemahannya dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman dan penggunaan ujian kebolehgunaan yang diadaptasi bagi pemerolehan data. Analisisnya secara deskriptif menunjukkan bahawa tahap kebolehgunaan terjemahan iltifāt KGN Ilahi oleh Abdullah Basmeih dalam kalangan pembaca sasaran adalah tinggi sekiranya teknik eksplisitasi diaplikasi. Namun, penggunaan teknik literal semata-mata menyebabkan rendahnya tahap kebolehgunaan terjemahan tersebut. Dapatan juga memperlihatkan kewajaran mengaplikasi konsep kebolehgunaan dengan pendapat pembaca sasaran menjadi teras dalam penilaian kualiti terjemahan gaya bahasa al-Quran.
Description
‘Abqari Journal Volume 30 Issue 1 Page (116–137)
Keywords
kebolehgunaan, terjemahan, iltifāt KGN Ilahi, Abdullah Basmeih, al-Quran
Citation
Muhammad Hakim Kamal 2024. KEBOLEHGUNAAN TERJEMAHAN ILTIFĀT KATA GANTI NAMA ILAHI OLEH ABDULLAH BASMEIH DALAM AL-QURAN: The Usability of Translation of The Divine’s Pronoun Shift by Abdullah Basmeih in al-Quran. ‘Abqari Journal. 30, 1 (Apr. 2024), 116–137. DOI:https://doi.org/10.33102/abqari.vol30no1.568.