Options
Statistik Perkahwinan Tanpa Kebenaran Kelantan 2019-2023: Satu Analisis
Journal
Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies
ISSN
2289-9944
Date Issued
2024
Author(s)
Ahmad Syakir Mohd Nassuruddin
Mohd Zain Mubarak
Zulfaqar Mamat
Universiti Sains Islam Malaysia
Muhammad Adam Abd Azid
Mohammad Jawwad Md Yusnan
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau fenomena perkahwinan tanpa kebenaran di Kelantan dari perspektif syariah dan perundangan. Objektif utama ialah untuk mengenal pasti corak dan trend perkahwinan tanpa kebenaran, mengkaji faktor-faktor penyumbang, dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan. Metodologi kajian berdasarkan analisis dokumen dengan data diperolehi daripada kitab rujukan dan tiga agensi utama bagi tempoh 2019 hingga 2023. Dapatan kajian menunjukkan trend yang tidak seragam dengan penurunan ketara semasa pandemik COVID-19, diikuti peningkatan mendadak selepasnya, terutamanya dalam kes perkahwinan luar negara. Faktor penyumbang utama yang dikenal pasti termasuk kekangan prosedur, faktor geografi, dan tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat. Analisis mendapati kes poligami tanpa kebenaran lebih tinggi berbanding kes monogami. Kajian ini mendedahkan implikasi serius terhadap kesahan perkahwinan, hak pasangan, dan kebajikan anak-anak. Kesimpulannya, fenomena ini memerlukan strategi komprehensif mengambil kira aspek perundangan, sosial, dan keagamaan. Kajian mencadangkan pendekatan bersepadu melibatkan penyelarasan antara agensi, peningkatan program kesedaran awam, dan semakan semula prosedur sedia ada untuk memastikan pematuhan undang-undang syariah dan memelihara keutuhan institusi kekeluargaan di Kelantan.
File(s)
Loading...
Name
Statistik Perkahwinan Tanpa Kebenaran Kelantan 2019-2023: Satu Analisis
Type
main article
Size
435.43 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b0272c5af38614c7a9e8191d733063e8