Options
Tadabbur Al-Quran Melalui Teknologi Maklumat: Satu Kajian Rintis Dalam Kalangan Pelajar Universiti Islam Selangor
Journal
Journal of Advanced Research in Computing and Applications (ARCA)
ISSN
2462-1927
Date Issued
2024
Author(s)
Rohana Zakaria
Mohd Asri Ishak
Sharifah Nurhidayah Syed Aziz
Mardhiah Yahaya
Universiti Sains Islam Malaysia
Hayati Hussin
Universiti Sains Islam Malaysia
Sofea Thanaa’Saibon
Abstract
Teknologi maklumat digital telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan manusia dalam banyak aspek. Ia berkembang pesat dan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan sehari-hari. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, kajian rintis ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kebolehpercayaan instrumen bagi mengukur penggunaan teknologi maklumat semasa proses mentadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi di Universiti Islam Selangor (UIS). Memandangkan pelajar universiti adalah bakal modal insan negara dan penyambung generasi ummat Islam terdahulu, maka perlu kepada tadabbur dan penghayatan alQuran yang sebenar menurut acuan al-Quran dan sunnah. Kajian ini berdasarkan kepada reka bentuk kajian kuantitatif dan kaedah yang digunakan adalah persampelan rawak berstrata dengan saiz sampel 35 orang pelajar Islam dari Universiti Islam Selangor (UIS). Instrumen penyelidikan yang digunakan adalah soal selidik. Penggunaan soal selidik digital iaitu “google form” membolehkan data dikumpul dan dianalisis dengan mudah dan cepat. Penelitian ke atas kajian-kajian lepas dilakukan bagi membina instrumen dalam kajian ini. Nilai pekali cronbach alpha bagi tadabbur alQuran dan teknologi maklumat adalah 0.90 iaitu pada nilai yang sangat tinggi. Dengan itu, kebolehpercayaan pemboleh ubah bagi instrumen ini boleh diterima. Data kajian dianalisis dengan menggunakan IBM “Statistical Package of Social Science” (SPSS) versi 29 untuk menilai kekerapan, peratusan dan purata. Hasil dapatan yang diperolehi
menunjukkan bahawa amalan mentadabbur al-Quran menggunakan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Maka melalui teknologi berasaskan pembelajaran digital ini mampu menjadikan pembelajaran alQuran mahupun tugasan harian lebih personal dan efektif. Namun matlamat dan objektif memerlukan kepada penambahbaikan agar dapat membantu proses tadabbur al-Quran lebih bersistematik seterusnya mencapai matlamat dan hasil tadabbur.

File(s)
Loading...
Name
Tadabbur Al-Quran Melalui Teknologi Maklumat: Satu Kajian Rintis Dalam Kalangan Pelajar Universiti Islam Selangor
Type
main article
Size
350.52 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4e5290da60b16c30943b32ba236301f8