Options
Kajian Takhrij Hadith Bagi Sukatan Pelajaran Sekolah-sekolah Di Malaysia
Journal
Educatum Journal of Social Science, Volume 10 Number 1 2024
ISSN
2462-244
Date Issued
2024
Author(s)
Abdul Rasydan Mohamad Rusli
Azwira Ab Aziz
DOI
10.37134/ejoss.vol10.1.8.2024
Abstract
Hadith-hadithyang dinyatakandalam silibuskurikulumdan diajar disekolah mesti dipastikan kesahihannya dengan cermat. Penggunaan hadith-hadith yang lemah atau palsu dalam kurikulum, khususnya di peringkat sekolah rendah, boleh menimbulkan salah fahamterhadap ajaran Islam dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengumpulkan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan analisis takhrij hadith-hadith yang dimuatkan dalam kurikulum sekolah. Melalui kajian ini, pengkaji telah berjaya mengumpulkan enam kajian lepas yang menganalisis kajian-kajian takhrijhadith bagisilibus pembelajaran dalam buku-bukuteks agama di sekolah. Kajian-kajian tersebut mengenal pasti dan mengelaskan hadith yang terdapat dalam buku teks berdasarkan status yang telah dikenalpasti. Di samping itu, pengkaji akan mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan untuk memastikan sukatan pelajaranmelalui proses pengemaskiniansemula. Dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan, kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran menyeluruh terhadap analisis takhrij yang telah dilakukan terhadap silibus pembelajaran di sekolah-sekolah.Selain itu, kajian ini juga mencadangkan pemurnian semula sukatan pelajaran dibuat dengan memastikan hadith-hadith dinyatakan dalam sukatan-sukatan pelajaran adalah memenuhi piawaian Kementerian Dalam Negeri (KDN), di samping penglibatan secara langsung pakar-pakar hadith dalam usaha pemurnian sukatan pelajaran.
File(s)
Loading...
Name
Kajian Takhrij Hadith bagi Sukatan Pelajaran Sekolah-sekolah di Malaysia
Type
main article
Size
355.39 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):628f38f868918a4a3929a46e014c69da