Options
Kesamarataan Dan Kesaksamaan Gender: Kajian Terhadap Masyarakat Berbilang Kaum Di Malaysia
Journal
ABQARI : Journal of Islamic Social Sciences and Humanity
ISSN
2504-8422
Date Issued
2024
Author(s)
Nur Saadah Hamisan@Khair
Universiti Sains Islam Malaysia
Khadijah Muda
Universiti Sains Islam Malaysia
DOI
10.33102/abqari.vol31no1.571
Abstract
Kesamarataan dan kesaksamaan gender merupakan terma yang membawa maksud yang berbeza dalam konteks Islam dan Barat. Maka, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pandangan masyarakat Malaysia terhadap isu kesamarataan gender dan sikap cakna mereka terhadap beberapa isu berkaitan gender di Malaysia. Secara terperinci, objektif kajian adalah: 1) Mengenal pasti pandangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum memahami konsep kesamarataan gender, 2) Mengetahui sejauh mana informan bersetuju dengan pelaksanaan akta kesaksamaan gender (Gender Equality Act) di Malaysia, 3) Mendapatkan pandangan informan terhadap dua istilah: kesamarataan gender (Gender Equality) dan kesaksamaan gender (Gender Equity), dan 4) Mengetahui sejauh mana informan cakna terhadap impak yang boleh dibawa oleh kesamarataan gender kepada pembangunan aspek sosial di Malaysia. Kaedah metodologi menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temubual menggunakan kaedah soalan terbuka melalui google formkepada 14 orang informan yang dipilih secara snowball iaitudalam kalangan aktivis NGOyang mempunyai pengetahuan terhadap kesamarataan gender dan terdiri daripada pelbagai kaum dalam kalangan warganegara Malaysia. Hasil analisis menunjukkan bahawa setiap informan mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap konsep kesamarataan gender yang membawa impak sama ada positif dan juga negatif terhadap aspek sosio-budaya di dalam negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa.Kajian ini mempunyai implikasi kepada pembuat dasar, aktivis, dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaandalam merangka dasar dan program berkaitan gender serta sensitif kepada kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia.
File(s)
Loading...
Name
Kesamarataan dan Kesaksamaan Gender: Kajian Terhadap Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia
Type
main article
Size
389.63 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):944c954d819dd7fbae046d3c6d75d58a