Options
Adab Ikhtilat Dalam Membentuk Akhlak Muslim Yang Berkualiti: Tinjauan Kefahaman Dalam Kalangan Pelajar Komunikasi Di Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Usim
Journal
Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC)
ISSN
2637 - 0948
Date Issued
2024
Author(s)
Amierah Mat Zaid
Ilham Husna Azmi
Intan Syazleen Mohd Azam
DOI
10.55573/JOIRC.071212
Abstract
Pada era globalisasi ini, keperibadian akhlak golongan muda amat merisaukan kerana tersasar dari landasan Islam yang benar. Ada di antara mereka berkomunikasi secara
bebas sehingga mereka tidak mematuhi adab ikhtilat yang sebenar dalam berkomunikasi. Oleh itu, kajian dilakukan bertujuan untuk mengeksplorasi konsep adab ikhtilat merujuk kepada alQuran dan As-Sunnah, mengidentifikasi bentuk pengamalan pelajar dalam membina muslim yang berkualiti dan menganalisis kefahaman adab ikhtilat pelajar dalam membina muslim yang berkualiti. Metode kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif iaitu survei dan analisis literatur berkaitan dengan pergaulan lelaki dan perempuan. Target responden ialah seramai 98 pelajar komunikasi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di USIM. Hasil kajian menunjukkan bahawa adab ikhtilat dalam pergaulan sosial mencakup sejumlah prinsip dimana batas pergaulan antara lelaki dan perempuan seperti memulakan perkenalan secara fizikal dan berniat untuk mendekati antara satu sama lain. Dalam era baru ini, penting untuk terus mengekalkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan walaupun mereka dalam satu pasukan. Pendidikan dan kesedaran dalam adab ikhtilat perlulah diterapkan dalam diri agar tidak terjerumus dengan perkara yang tidak baik. Kesimpulannya, etika pergaulan dalam ikhtilat sangat memainkan peranan penting demi menjaga keperibadian seseorang muslim kerana cerminan diri seseorang individu itu bermula dengan akhlak yang mulia.

File(s)
Loading...
Name
Adab Ikhtilat Dalam Membentuk Akhlak Muslim Yang Berkualiti: Tinjauan Kefahaman Dalam Kalangan Pelajar Komunikasi Di Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Usim
Type
main article
Size
318.44 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):e4bee2cb374be05a031dc906033fb405