Options
Pandangan Hukum Terhadap Akaun Islamik Bagi Perdagangan Forex Atas Talian: Analisis Literatur
Journal
Al-Qanatir International Journal of Islamic Studies
ISSN
2289-9944
Date Issued
2025
Author(s)
Hanisah Muhamad Radzi
Abstract
Perdagangan matawang asing atau dikenali sebagai forex dalam talian kini semakin meluas dan menjadi ikutan anak muda masa kini. Artis, pempengaruh media sosial turut mempromosikan perdagangan ini di lamansosial mereka. Ia menarik ramai anak muda untuk menyertai aktiviti tersebut. Berdasarkan fatwa yang dikeluarkan mengenai pengharaman forex atas dasar riba maka syarikat broker berlumba-lumba untuk menawarkan akaun forex tanpa riba atau dikenali sebagai akaun forex Islamik. Namun begitu, terdapat beberapa isu Syariahyang masih timbul meskipun akaun tersebut telah menghapuskan elemen riba. Beberapa cendekiawan Islam menggariskan elemen yang perlu dipatuhi untuk menjadikan perdagangan tersebut patuh Syariah. Perbincangan dan perdebatan mengenai status akaun forex yang ditawarkan tersebut semakin meluas.Kajian ini menganalisispandangan cendekiawan serta isu Syariahyang berpotensi timbul dari aktiviti perdagangan forex Islamik. Kaedah kualitatif telah digunakan bagi mencapai objektif kajian dengan menjalankan temu bualbersama ahli kewangan Syariahserta kajian perpustakaan. Hasil kajian ini menunjukkan dengan sekadar menghapuskan elemen riba ia tidak menjadikan akaun forex Islamik tersebut sah sepenuhnya disisi Islam. Broker forex juga mestilah mempunyai penasihat Syariah, yang berkredibiliti untuk menganalisa setiap kontrak yang terdapat dalam setiap transaksi yang dibuat oleh pedagang bersama justifikasinya. Implikasi kajian ini secara umumnya untuk pedagang muslim yang sudah lama menceburi bidang ini dan para pedagang yang baru mahu berjinak dengan dunia perdagangan forex.
File(s)
Loading...
Name
Pandangan Hukum Terhadap Akaun Islamik Bagi Perdagangan Forex Atas Talian: Analisis Literatur
Type
main article
Size
457.17 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bc086befa84e20e7209e77dc6661bfd8