Options
Pemberian Hadiah Kepada Golongan Bukan Islam Pada Hari Kebesaran Mereka; Antara Wala Dan Ihsan: Kajian Di Singapura
Date Issued
2024
Author(s)
Syed Muhammad Adib Termizi al-Jafari
DOI
https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view
Abstract
Keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang bangsa dan agama hanya dapat dipertahankan melalui interaksi yang sihat di antara mereka serta saling bertolak ansur. Salah satu bentuk interaksi antara kaum yang terdapat di Republik Singapura adalah memberi hadiah kepada golongan bukan Islam pada hari kebesaran mereka. Bentuk interaksi sebegini tidak dapat di terima oleh sebahagian masyarakat Islam yang berkeyakinan bahawa ia berada di dalam lingkaran wala yang diharamkan. Justeru kertas kerja ini bertujuan menghuraikan perbezaan di antara wala dan juga ihsan supaya ia dapat dijadikan panduan dan batasan dalam interaksi antara agama. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan mengumpulkan pandanag para ulama bahasa arab dan tafsir dalam menghuraikan perbezaan makna wala dan ihsan. Metode pemerhatian juga diterapkan bagi melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat Islam di Singapura dalam persoalan ini untuk mendapatkan panduan hukum terhadapnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa memberi hadiah kepada golongan bukan Islam pada hari kebesaran mereka adalah daripada perkara keihsanan yang digalakkan dan bukannya daripada wala yang dihramakan.
File(s)
Loading...
Name
Pemberian Hadiah Kepada Golongan Bukan Islam Pada Hari Kebesaran Mereka; Antara Wala Dan Ihsan Kajian Di Singapura.pdf
Size
402.22 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):23ba09f6e0207fff8b9bbd11cd2b90da