Options
Tinjauan Awal Kes-Kes Integriti dan Rasuah melibatkan Ahli Politik Malaysia
Journal
e-Bangi: Journal of Social Sciences & Humanities
Date Issued
2025
DOI
https://doi.org/10.17576/ebangi.2025.2202.17
Abstract
Kes-kes melibatkan kesalahan integriti dan rasuah dalam kalangan ahli politik sering mendapat perhatian orang awam. Ini kerana orang politik merupakan golongan yang sepatutnya memimpin masyarakat ke arah yang lebih bertamadun dan berintegriti tinggi. Golongan pemimpin adalah ikutan dan harapan masyarakat. Imej yang perlu ada pada diri mereka mestilah lebih berintegriti dan bebas dari kesalahan rasuah. Kajian ini dijalankan untuk meneliti kesalahan-kesalahan rasuah dan isu integriti dalam kalangan mereka untuk dijadikan sebagai panduan dan pengajaran pada ahli-ahli politik lain. Kajian kualitatif ini mendapatkan data melalui kaedah temu bual yang bertujuan untuk mengetahui apakah kes-kes yang sering dilakukan dalam kalangan ahli politik. Hasil temubual bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendapati kesalahan yang sering dilakukan oleh ahli politik adalah kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18 dan 23 Akta SPRM 2009. Seksyen 16 adalah berkaitan kesalahan memberi atau menerima rasuah. Seksyen 17 pula adalah memberi atau menerima rasuah oleh ejen. Seksyen 18 adalah kesalahan tuntutan palsu. Manakala, seksyen 23 pula adalah kesalahan salah guna kuasa atau salah guna kedudukan. Hasil temubual ini juga selari dengan tinjauan terhadap laporan tahunan SPRM yang banyak memaparkan kes-kes rasuah dan integriti ahli politik. Kes-kes yang terlibat boleh dikategorikan mengikut kesalahan penyelewengan tuntutan atau tuntutan palsu, memberi dan menerima rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram, dan pecah amanah. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan perlunya pengetahuan dan didikan berkaitan rasuah dan integriti dalam kalangan ahli politik agar mereka sedar perbuatan tersebut adalah jenayah yang memberikan kesan buruk terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
File(s)
Loading...
Name
Tinjauan Awal Kes-Kes Integriti dan Rasuah melibatkan Ahli Politik Malaysia.pdf
Size
318.65 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c6ce717521d2b8950a9a1443bdfd1443