Options
Title
i-Tourism
Date Issued
2025
Abstract
Pembangunan aplikasi telefon pintar khususnya yang berkaitan dengan pelancongan Islam masih belum banyak yang dihasilkan. Walaubagaimanpun terdapat beberapa aplikasi telefon pintar yang bertaraf 5 bintang berdasarkan testimoni pengguna telefon pintar yang telah dimuat turun innovator mendapati bahawa aplikasi tersebut memfokuskan kepada bandaraya-bandaraya dunia di negara-negara barat seperti England dan negara-negara Eropah sahaja dan tidak memfokuskan kepada negara Malaysia sebagai contoh Aplikasi 'Irhal’. Dalam konteks Malaysia, terdapat aplikasi yang memenuhi sebahagian kecil sahaja cabang pelancongan Islam iaitu pelancongan masjid iaitu aplikasi ‘e-Mosque’. Walaubagaimanapun, aplikasi ini hanya memaparkan maklumat masjid-masjid di Kuala Lumpur sahaja. Objektif produk ini adalah menjalankan analisis keperluan melalui perbandingan aplikasi-aplikasi telefon pintar pelancongan Islam sedia ada dari sudut fungsi, antaramuka dan kandungan bagi tujuan pembangunan aplikasi telefon pintar Tourism (i-Tourism) versi Malaysia melalui platform Android dan iOS. Berdasarkan patent search, aplikasi telefon pintar i-Tourism menunjukkan keasliannya yang tersendiri. Ungkapan harian asas dalam bahasa Melayu berserta terjemahannya di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris boleh diakses oleh penutur bukan jati bagi memudahkan komunikasi asas. Dari segi praktikaliti, aplikasi telefon pintar ini boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play secara percuma selain ianya fleksibel dan sesuai untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mahupun pelancongan Islam. Dalam memenuhi potensi pasaran, aplikasi telefon pintar ini mendapat sokongan industri iaitu Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd selain hak cipta aplikasi telefon pintar i-Tourism terpelihara dengan memperolehi harta intelek dengan MyIPO.
Subjects
Bahasa Arab
Pelancongan
i-Tourism
File(s)
Loading...
Name
PM Dr. Najib_DMP USIM_10.9.2025.pdf
Size
232.55 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3b5327cf270e462c90465dc9af009a05
No Thumbnail Available
Name
RDM_Sikap Dan Motivasi Pelajar Terhdp PdP Bahasa Arab Untuk Pelancongan Menggunakan iTourism (1-56).xlsx
Size
13.3 KB
Format
Microsoft Excel XML
Checksum
(MD5):3716cb66d873a9122e81f47e98cab070