Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Staff Publications
  3. Other Publications
  4. Aktiviti Holistik Keluarga Sihat Kendiri Di Era Pandemik Covid-19 Berasaskan Maklumat Islami
 
  • Details
Options

Aktiviti Holistik Keluarga Sihat Kendiri Di Era Pandemik Covid-19 Berasaskan Maklumat Islami

Date Issued
2021-11
Author(s)
Mohd Zahir Abdul Rahman
Ahmad Murshidi Mustapha
Mohd Miqdad Aswad Ahmad
Mohamad Hafizuddin Mohamed Najid
Abstract
Pendekatan holistik ialah pendekatan yang merangkumi empat domain bagi manusia secara bersepadu yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Fenomena masyarakat di Malaysia kini sama ada di agensi kerajaan mahupun swasta lebih banyak berada di rumah untuk bekerja akibat penularan wabak COVID-19. Situasi ini menyebabkan kekerapan ahli keluarga yang keluar rumah untuk beraktiviti makin terhad dan dikhuatiri meningkatkan jumlah masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat. Jumlah talian bantuan sokongan sosial di Malaysia turut dilaporkan semakin meningkat. Lebih mengejutkan apabila 85.5% panggilan ini membabitkan isu berkaitan kesihatan mental yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling seperti stres akut, keresahan, kemurungan, penderaan, dan tingkah laku bunuh diri. Dari awal Januari hingga 21 Mei 2021, dilaporkan sejumlah 101,150 panggilan yang diterima, yang mana 91.2% memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Panggilan ini merangkumi pesakit COVID-19, individu yang menjalani kuarantin, petugas barisan hadapan, keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat COVID-19 dan kumpulan rentan. Justeru, kajian ini akan menggumpul dan mengusulkan beberapa cadangan pendekatan holistik yang boleh dilaksanakan menerusi perbahasan al-Quran, Hadis dan pandangan sarjana Muslim dalam mengadakan aktiviti yang bermanfaat di rumah bersama ahli keluarga. Kajian ini menggunakan sepenuhnya metode kualitatif dalam komponen dokumentasi melalui tafsir al-Quran, syarah Hadis serta kajian sarjana Muslim terdahulu dan kontemporari. Hasil kajian menunjukkan perbahasan menerusi maklumat Islami sesuai dengan masa dan keadaan semasa dalam menangai isu-isu yang berlaku terutamanya ketika pandemik COVID-19. Penemuan ini mampu menambahkan koleksi terapi berasaskan empat domain utama manusia berasaskan maklumat Islami serta mengurangkan bebanan perasaan masyarakat ketika terlalu lama berada di rumah.
Subjects

Aktiviti Holistik, Ma...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

AKTIVITI HOLISTIK KELUARGA SIHAT KENDIRI DI ERA PANDEMIK COVID-19 BERASASKAN MAKLUMAT ISLAMI.pdf

Size

1.08 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):6f6a5081cdd615bad0538d36ae997b00

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia