Options
Rawatan Waswas Menerusi Pendekatan Biopsikososial Spiritual Menurut Perspektif Sarjana Islam: Satu Kajian Awal
Date Issued
2018
Author(s)
Mohd Zahir Abdul Rahman
Robiatul Adawiyah Mohd@Amat
Zul Azlin Razali
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Waswas atau kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) merupakan antara sepuluh beban penyakit utama di seluruh dunia yang diklasifikasikan oleh World Health Organization (WHO) (Murray, 1996). Kupasan terhadap isu, rawatan dan penyelidikkan terhadap waswas atau OCD banyak dirujuk kepada psikiatri moden dan klinikal psikologi. Sehubungan dengan itu, pendekatan rawatan yang bersifat biopsikososial spiritual telah dianggap sebagai rawatan holistik dalam rawatan mental dan fizikal. Walau bagaimanapun, pendekatan rawatan ini kurang diketengahkan kepada masyarakat khususnya yang melibatkan rawatan waswas atau OCD. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengumpul dan mengenal pasti fokus rawatan waswas oleh sarjana Islam yang terpilih berteraskan empat domain hidup iaitu biologi, psikologi, sosial dan spiritual. Manakala dari aspek metode, kajian mengaplikasi sepenuhnya kajian kualitatif berasaskan pendekatan dokumentasi. Hasil kajian mendapati, terdapat 10 terapi berasaskan biologi, 6 pendekatan menerusi psikologi, 3 pendekatan bersifat sosial dan 2 amalan beserta 8 doa sebagai pendekatan rawatan yang bersifat spiritual. Kajian ini penting untuk masyarakat Islam bagi memberi kefahaman terhadap keseimbangan dan kesepaduan empat elemen ini untuk mengatasi gangguan waswas dan tidak hanya tertumpu kepada pendekatan rawatan bersifat spiritual.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
RAWATAN WASWAS MENERUSI PENDEKATAN BIOPSIKOSOSIAL SPIRITUAL MENURUT PERSPEKTIF SARJANA ISLAM-SATU KAJIAN AWAL.pdf
Size
304.97 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3f2e91743c3dc2ddb0b5128d508791a7