Publication:
Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kapur barus (camphor) merupakan khazanah alam semulajadi yang amat bernilai. Trendpenerbitan penyelidikan berkenaan kapur barus telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada pengumpulan dan analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubungkapur barus. Merujuk hasil ̳literature review‘, pengkaji mendapati penyelidikan lepas mengenai kapur barus didominasi oleh artikel jurnal (65.6%) dan buku (26.2%). Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan kapur barus kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada lima bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap kapur barus meliputi bidang Pharmacology, Bio-Teknologi, Sains Botani, Bio-PerubatandanBio-Kimia. Dinilai dari jumlah penyelidikan, sebanyak 43 jenis bahan melibatkan kajian dari aspek saintifik dibandingkan hanya 3 berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies) dan 15 berkaitan sejarah (histories). Namun, penyelidikan mengenai pokok dan sifat kapur barus spesies Asia Tenggara Tenggara (jenis Dryobalanops Camphora Aromatica)amat kurang. Kajian paling banyak berkisar mengenai kapur barus yang hanya terdapat di China dan Jepun (jenis Cinnamomum camphora).Oleh itu, bahan ilmiah berkaitan pokok kapur barus Asia Tenggara, Dryobalanops Camphora Aromaticadari kedua sudut agama, juga perincian saintifikamat terhad. Justeru, usaha lanjutan terhadap kapur barus diharapkan mampu menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia.

Description

Jurnal Intelek (2015) Vol 10(1):12-24

Keywords

Kapur barus;, Dryobalanops Camphora Aromatica;, Trend penyelidikan;, Cadangan;, Penyelidikan Baru

Citation