Publication:
Analisis Hadis Berkaitan Nama Lain Bagi Surah Al-Mulk Dalam Kursus Tafsir Maudu‘i Di USIM: Satu Kajian Tinjauan

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Hadis itu adalah satu sumber utama dalam mengeluarkan hukum selepas al-Quran dan merupakan warisan peninggalan Rasulullah SAW. Perkembangan agama Islam yang begitu pantas ini telah berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendekiawan yang hebat khususnya di Tanah Melayu berasal dari sumber al-Quran dan hadis. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan menganalisis hadis yang menyatakan nama-nama yang lain bagi Surah al-Mulk dan kedudukan hadis dan kandungannya yang diajarkan dalam kursus Tafsir Maudu‘i di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru, kertas kerja ini akan menghuraikan kedudukan sejumlah hadis berkaitan nama-nama Surah al-Mulk serta kajian hadis-hadis tersebut hadis yang mana di dalamnya terkandung hadis yang sahih, hasan, da‘if dan lain-lain. Kajian ini juga akan dapat memberikan pendedahan umum tentang beberapa ayat dalam surah al-Mulk serta kelebihannya. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk penyelidikan kepustakaan. Hasil kajian ini dapat mendedahkan tentang ilmu hadis, kedudukannya secara yang lebih tuntas lagi untuk para pelajar dan orang awam.

Description

Keywords

Kajian hadis, Nama-nama Surah Al-Mulk, Tafsir Maudu’i

Citation