Publication:
Keperluan Zikir Dalam Pembelajaran Menurut Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap Mss 2906 (b) Tibyān Al-marām

Loading...
Thumbnail Image

Date

2019

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Department of Islamic History And Civilization, University of Malaya

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Zikir merupakan salah satu ibadat yang disyariatkan dalam Islam. Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentanggalakan,pelaksanaan dan juga kelebihannya. Makalah ini akan meninjau keperluan zikir dalam pembelajaran berdasarkan manuskrip Melayu, iaitu MSS 2906 (B) kitab Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah.Berdasarkan analisis kodikologi, manuskrip ini berasal daripada Acehdan ditulis antaraakhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.Manuskrip ini berada dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Ia merupakan sebuahkaryaterjemahandengan huraian ke dalam bahasa Melayu aksaraJawi daripada karya berbahasa Arab bertajuk Ṭalibah al-Ṭalabah fīṬarīq al-‘Ilm li man Ṭalabah tulisan Sadīd al-Dīn Muḥammad al-Kāshgharī (m.705H). Makalah ini mendapati bahawa zikir bukan sahaja dituntut kepada semua umat Islam, malah ia juga menjadi keperluan penting kepada para pelajar semasa proses pembelajaran mereka. Selain itu, manuskrip Tibyān al-Marām juga menjelaskan bahawa zikir memainkan peranan penting kepada pelajar khasnya untuk tujuan menguatkan ingatan dan jugamembawakemurahan rezeki. Beberapa lafaz zikir dan doa juga turut dikemukakan dalam manuskrip ini sebagai panduan kepada para penuntut ilmu. Perbincangan tentang keperluan zikir dalam manuskrip ini adalah selaras dengan karya-karya sebelumnya terutamanya tentang adab penuntut ilmu (adab al-muta‘allim) dalam tradisi pendidikan Islam dan menjelaskan bahawa zikir ini amat penting dalam kehidupan pelajar dalam membentuk diri mereka sehingga menjadi ilmuwan nanti.

Description

Volume: 14 No: 1

Keywords

zikir, pelajar, pendidikan Islam, Tibyān al-Marām, kajian manuskrip

Citation