Publication:
Metodologi Tafsir Sayyid Ahmad Bin Idris Dalam Al-Fuyudat Al-Rabbaniyyah Bi Tafsir Ba'd Al-Ayat Al-Qur'aniyyah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk memberikan pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat mengenai sebuah kitab tafsir sufi ishari iaitu “Al-Fuyudat al-Rabbaniyyah Bi Tafsir Bacd al-Ayat al-Qura’aniyyah” karangan seorang ulama sufi yang hebat serta tidak asing lagi di dunia nusantara ini iaitu Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasani. Umum mengetahui bahawa beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal di dalam dunia tasawwuf dan penyebaran dakwah Islam. Namun karya tafsir beliau ini kurang diketengahkan menyebabkan sesetengah pihak hanya mengenali beliau sebagai seorang sufi sahaja tanpa mengetahui ketokohannya di dalam bidang penafsiran al-Qur’an. Artikel ini merupakan hasil daripada kajian kepustakaan serta analisis pengkaji. Artikel ini telah menumpukan kajian terhadap metodologi pentafsiran yang ada di dalam kitab tafsir ini. Melalui hasil kajian dan penganalisisan, artikel ini telah menunjukkan bahawa metode-metode pentafsiran dalam kitab tafsir ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah metode pentafsiran yang umum atau zahir merangkumi metode pentafsiran alQur’an dengan al-Qur’an, metode pentafsiran al-Qur’an dengan al-Sunnah, metode pentafsiran al-Qur’an dengan ilmu Bahasa Arab yang diperincikan dengan pentafsiran melalui ilmu Nahu, ilmu Sarf serta ilmu Balaghah, dan metode pentafsiran alQur’an dengan ilmu Fiqh. Manakala bahagian kedua pula ialah metode pentafsiran yang khusus atau ishari merangkumi metode pentafsiran secara perumpamaan atau tashbih (tamsil), metode pentafsiran secara makna tersirat dan metode pentafsiran secara mengambil pengajaran (iktibar).

Description

Keywords

Citation

Mohd Zarizi Fauzan Alias and Ahmad ibn Idris. Metodologi Pentafsiran Sayyid Ahmad Bin Idris Di Dalam Kitab "Al-Fuyudat Al-rabbaniyyah Bi Tafsir Ba'd Al-ayat Al-qur'aniyyah".