Options
Ketagihan Seks Siber: Pengalaman Kaunselor di Malaysia
Date Issued
2011
Author(s)
Mohd. Zaliridzal Zakaria
Dini Farhana Baharuddin
Abstract
Kajian ini cuba merungkai cabaran yang dihadapi oleh kaunselor di Malaysia berkaitan ketagihan seks siber dalam kalangan klien mereka dan amalan terbaik yang telah dilaksanakan untuk menanganinya. Pemahaman yang jelas tentang situasi yang berlaku dalam kalangan pihak-pihak yang berpengalaman berpotensi untuk dimanfaatkan oleh kaunselor-kaunselor dan pelbagai pihak lain. Kajian secara kualitatif ini telah meneroka pengalaman 5 orang pengamal kaunseling sepenuh masa telah dapat mengumpulkan kaedah-kaedah efektif dalam merawat satu ancaman kepada kesejahteraan sistem kekeluargaan dan pasangan di Malaysia. Pengesahan peribadi klien dan pemantauan perubahan tingkahlaku memperlihatkan indikasi yang signifikan memenuhi amalan terbaik dalam membantu ketagihan seks siber. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keupayaan mengawal sistem kepercayaan diri dan amalan psikospiritual yang berterusan mampu membantu klien menghadapi isu ketagihan seks siber dengan lebih berkesan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Ketagihan Seks Siber; Pengalaman Kaunselor di Malaysia.pdf
Size
67.01 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):50a1b949d5271a76ff9b6a54bbab26c6