Publication: Kekerapan Penerbitan di SCOPUS Mengenai Flora-Flora dalam Al-Quran dan Al-Hadith
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit UiTM
Abstract
Terdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab turath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik dan mendalam. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab al-Tibb alNabawi yang menjadi satu cabang ilmu Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan
untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang al-Tibb alNabawi khususnya berkaitan dengan buah-buahan dan herba di dalam penerbitan SCOPUS. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan al-Tibb alNabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep al-Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod pemerhatian terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel-artikel dalam pengkalan data SCOPUS. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang al-Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam al-Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat.
Description
Keywords
Citation
Yakob, M. A., Mohd Yusof, M. Y. @ Z., Abd Razzak Khadher Ahmad, M. @ M., Fauzi, N., Awang, K., Othman, R., & Mustafa, R. (2016). Kekerapan Penerbitan di Scopus Mengenai Flora-Flora Kekerapan Penerbitan di SCOPUS Mengenai Flora-Flora dalam Al-Quran dan Al-Hadith. https://jcis.uitm.edu.my/journal/volume2/issue1/8.%20Kekerapan%20Penerbitan%20di%20SCOPUS%20Mengenai%20Flora-Flora%20dalam%20Al-Quran%20dan%20Al-Hadith.pdf