Publication:
Terjemahan Kata Panggilan Kekeluargaan Dalam Wacana Al-Quran: Penjelasan Dari Perspektif Pragmatik

Loading...
Thumbnail Image

Date

2017

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Dalam wacana al-Quran terdapat banyak penggunaan kata ganti nama diri. Kadang-kadang terdapat masalah pada padanan terjemahan harfiah Arab-Melayu dari sudut pragmatik kerana kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu boleh berubah apabila suasana dan keadaannya berubah. Hal ini kerana peraturan sosiolinguistik Melayu amat mementingkan penggunaan sistem panggilan dalam interaksi sesama ahli keluarga untuk menggambarkan unsur kesopanan. Dari perspektif pragmatik pula, khususnya teori relevan yang melihat terjemahan sebagai satu proses mental (kognitif), menterjemahkan kata ganti nama diri Arab kepada kata panggilan kekeluargaan dalam bahasa Melayu didapati memberikan kesan atau impak yang besar kepada proses inferens pembaca untuk membentuk satu kesimpulan seperti yang dihajatkan oleh penulis asal dalam teks sumber. Justeru kertas kerja ini akan memanfaatkan ilmu pragmatik khususnya teori Relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1995) bagi membuktikan bahawa penggunaan kata panggilan kekeluargaan dalam teks terjemahan makna al-Quran boleh menimbulkan rangsangan yang sangat besar bagi memberikan petunjuk yang jelas dalam proses penginterpretasian ayat oleh pembaca teks sasaran dan sekaligus menjanjikan relevans yang optimum. Oleh itu, jika penterjemah tidak menggunakan kata panggilan kekeluargaan dalam menterjemahkan kata ganti nama diri yang terdapat pada wacana al-Quran, maka pembaca tidak akan dapat memikirkan bentuk inferens yang betul bagi mencapai interpretasi yang relevan secara optimum. Akibatnya maksud yang tersirat pada teks sumber gagal disampaikan kepada pembaca teks sasaran.

Description

Bilangan 10, Isu 1

Keywords

Kata ganti nama diri; pragmatik dalam terjemahan; kata panggilan kekeluargaan

Citation