Publication:
Ke Arah Pematuhan Halal Menerusi Penubuhan Jawatankuasa Pengawasan Syariah Di Hospital

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Persoalan hukum halal tidak terhad hanya kepada persoalan makan dan minum sahaja. Bahkan hukum syarak mesti diterima pakai dalam semua aspek kehidupan termasuk di hospital. Pengurusan hospital ketika ini mematuhi peraturan am kerajaan, namun terdapat beberapa aspek didapati tidak mematuhi kehendak hukum syarak khususnya pemilihan ubat dan hubungan antara doktor dengan pesakit yang berlainan jantina. Berkaitan pemilihan ubat atau bahan farmaseutikal, terdapat keraguan sama ada ubat yang diberikan itu halal atau haram. Misalnya ubat saraf Condopril, antibiotik Gloxacilin serta penyembur anti-kulat Clotimazol yang berasal daripada khinzir. Manakala hubungan antara doktor dengan pesakit pula, tinjauan mendapati rungutan daripada pesakit wanita khususnya ketika di dewan bersalin. Mereka tidak selesa ketika urusan kelahiran dikendalikan oleh doktor lelaki. Forum di laman sesawang antara lain berbincang tentang doktor pelatih lelaki diminta oleh doktor pakar untuk meletakkan tempat membuang air kecil kepada wanita yang hampir bersalin. Perkara ini tidak wajar berlaku kerana tugas ini boleh diserahkan kepada doktor pelatih wanita atau jururawat wanita. Justeru, adalah perlu untuk dibentuk sebuah Jawatankuasa Pengawasan Syariah di hospital agar semua aktiviti di hospital yang berkaitan dengan umat Islam mematuhi kehendak syarak. Hal ini sama seperti peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Syariah di bank-bank perdagangan di Malaysia.

Description

Volume : 11

Keywords

Pematuhan Syariah, Ubat, Hospital

Citation