Publication: Penggunaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) Sebagai Intervensi Alternatif kepada Mereka yang Mempunyai Masalah Dysarthria untuk Membaca Al-Quran
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Nungemilang Enterprise
Abstract
Dysarthria berlaku apabila otot lidah yang digunakan untuk bercakap menjadi lemah atau sukar dikawal. Dysarthria juga menyebabkan pertuturan perlahan dan sukar difahami. Bagi mereka yang menghidapi keadaan ini akan mengalami kesukaran untuk membacaAl-Quran atau mempelajari ilmu tajwid terutamanya buat kali pertama. Hal ini amat penting untuk diatasi kerana ia melibatkan 'Rukun Qauli' iaitu surah Al-Fatihah yang dibaca dalam solat supaya solat sah.Dalam erti kata lain sebutan huruf-huruf hijaiyyah mesti disebut dengan makhraj yang betul.Oleh itu, adalah sangat penting untuk menyelesaikan sebutan pesakit Dysarthria. Penyelidikan ini akan membantu meningkatkan keyakinan guru dan pesakitserta menjadikan pendidikan Al-Quran sebagai subjekyang menarikdan sangat mudah dipelajari. Kajian ini akan meningkatkan keberkesanan pengidap Dysarthria dan kepada individu yang mengalami kesukaran membaca ayat-ayat al-Quran supaya tiada lagi alasan diberikan untuk membacanya dengan betul. Guru mempunyai pelbagai pilihan sama ada menunjukkan lakaran lukisanatau menunjukkanlidah mereka (yang berada di dalam mulut) atau menggunakan video MRI untuk menerangkan kepada pelajar tentang kedudukan huruf Al-Quran.
Description
Vol. 3 No. 3
Keywords
Dysarthria, pendidikan Al-Quran, makhraj, sebutan huruf hijaiyyah, video MRI
Citation
Mohd Ali, M. Z. M. A., Abdullah, M. S., Zakaria, M. N., Ismail, S. B., Che Ahmad, A., Zakaria, M. Z., Mohd Idris, F., & Saghiri, M. N. S. (2023). Penggunaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) Sebagai Intervensi Alternatif kepada Mereka yang Mempunyai Masalah Dysarthria untuk Membaca Al-Quran. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 3(3), 1–8. https://nunjournal.com/index.php/qalam/article/view/104