Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5061
Title: Eufemisme Cerminan Nilai Sosiobudaya Masyarakat Malaysia
Authors: Zulkifli, M. 
Buhari, N. 
Hassan, N. A. 
Keywords: eufemisme;sosiobudaya;nilai;Malaysia;kesantunan berbahasa
Issue Date: 2019
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Journal: Jurnal Sains Insani 
Abstract: 
Bahasa merupakan alat komunikasi dan ciri asas sesebuah tamadun. Bahasa yang halus, sopan dan santun atau juga dikenali sebagai eufemisme melambangkan kandungan pemikiran, sikap dan tingkah laku penutur dalam masyarakat yang bertamadun. Bahasa memainkan peranan penting untuk membina konsep diri seseorang penutur. Ianya juga menjadi salah satu unsur penting dalam pertumbuhan dan perkembangan tamadun manusia sebagai pandangan semesta masyarakat, sebagai pengungkap falsafah, ilmu dan pemikiran serta alat kreativiti manusia dalam pelbagai bidang kehidupan. Justeru, bahasa harus diletakkan di tempat yang sewajarnya bersesuaian dengan konteks pembinaan dan pemantapan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kesantunan berbahasa amat dititikberatkan sebagai cerminan nilai kelompok masyarakat di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan bahasa dalam proses pembentukan tamadun Malaysia dan melihat hubungan kesantunan berbahasa dengan nilai sosiobudaya masyarakat di Malaysia. Kaedah kajian adalah kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data utama melalui tinjauan ke atas 272 orang belia Melayu, Cina dan India di sekitar Lembah Klang. Peranan bahasa mampu menyatupadukan dan mencerminkan jati diri masyarakat Malaysia yang berbeza etnik. Hubungan kesantunan berbahasa dengan sosiobudaya berjaya dilihat melalui nilai malu, nilai menghormati dan nilai budi bahasa masyarakat Malaysia.
URI: http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/114
ISSN: 0127-7871
Appears in Collections:Jurnal Sains Insani

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Eufemisme Cerminan Nilai Sosiobudaya Masyarakat Malaysia.pdf293.94 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Page view(s)

1
checked on Apr 25, 2024

Download(s)

11
checked on Apr 25, 2024

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.