Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5067
Title: Persepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di Pelbagai Peringkat Pendidikan di Malaysia: Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan?
Authors: Mohd Amin, N. 
Abdul Rahman, N. A. 
Keywords: pengajaran dan pembelajaran Jawi;sistem pendidikan di Malaysia;tulisanJawi
Issue Date: 2019
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Journal: Jurnal Sains Insani 
Abstract: 
Shitiq dan Mahmud (2010) mendapati pelajar sekolah rendah hilang minat untuk belajar tulisan Jawi kerana mereka berpendapat tulisan Jawi sukar untuk difahami. Persepsi pelajar tersebut yang mengatakan bahawa tulisan Jawi sukar difahami telah menjadi cabaran utama ke arah pemeliharaan Jawi melalui cara menguasai kemahiran menggunakan tulisan Jawi. Bagi memelihara kewujudan Jawi sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia terutama di kalangan orang Melayu, pelbagai usaha harus dilakasanakan terutama dalam bidang pendidikan dengan kepercayaan bahawa generasi muda harus meneruskan legasi Jawi. Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia akan dijelaskan melalui kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian yang ditimbulkan: 1) Apakah persepsi pelajar Melayu UNITEN terhadap usaha-usaha meluaskan pembelajaran Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia? Borang soal selidik yang mengandungi 15 pernyataan telah diberikan kepada 100 pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (61% responden, M= 3.27, SP 0.815) percaya bahawa mata pelajaran Jawi perlu ditawarkan di semua peringkat pembelajaran seperti peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, supaya pembelajaran Jawi lebih komprehensif' (pernyataan 11) selain daripada diajar di pra-sekolah (pernyataan 3: M= 3.76, SP= 0.816). Jelas sekali, majoriti responden mempunyai persepsi positif terhadap inisiatif yang dicadangkan untuk memperkenalkan Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia sebagai persediaan untuk mempromosikan tulisan Jawi kepada komuniti yang lebih besar.
URI: http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/75
ISSN: 0127-7871
Appears in Collections:Jurnal Sains Insani

Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.