Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5087
Title: Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi di Media: Kajian Persepsi Pelajar Melayu di UNITEN
Authors: Mohd Amin, N. 
Abdul Rahman, N. A. 
Razali, W. N. 
Abdul Wahab, M. F. 
Keywords: Tulisan Jawi;pemeliharaan tulisan Jawi;media
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Journal: Jurnal Sains Insani 
Abstract: 
Penggunaan tulisan Jawi yang terhad di media telah menjadi cabaran baru kepada para pencinta tulisan Jawi. Pengaruh globalisasi serta persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi telah mewujudkan satu keadaan yang membimbangkan tentang tahap penggunaan tulisan Jawi terutamanya di media massa. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk mendapatkan persepsi dari kalangan pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkaitan penggunaan tulisan Jawi di media massa. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai persepsi pelajar Melayu di UNITEN berkaitan usaha pemeliharaan tulisan Jawi dan penggunaan tulisan Jawi di media. Pelajar Melayu ini merupakan golongan muda yang mewakili generasi baru dalam masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai sumber maklumat berkaitan isu yang dikaji. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa tulisan Jawi perlu mendapat kedudukan yang baik di media massa. Antara cadangan penting yang diberikan oleh responden adalah peranan pihak berkuasa tempatan untuk mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan. Kajian ini penting sebagai bahan rujukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya sebagai salah satu usaha pemeliharaan tulisan Jawi.
URI: http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/54
ISSN: 0127-7871
Appears in Collections:Jurnal Sains Insani

Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.