Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5096
Title: Amalan Berbudi Bahasa: Satu Kajian Nilai Peradaban Masyarakat Malaysia
Authors: A. Latif, T. 
Saedin, M. S. 
Buhari, N. 
Ibrahim, I. M. 
Keywords: Amalan;Berbudi Bahasa;Nilai Peradaban;Masyarakat
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Journal: Jurnal Sains Insani 
Abstract: 
Apa guna berkain batik, kalau tidak berbaju kasa, Apa guna memang cantik, kalau tidak berbudi bahasa. Sejarah telah membuktikan betapa corak hidup masyarakat pada zaman dahulu dicerminkan melalui nilai-nilai yang menjadi asas perkembangan ketamadunan. Nilai pada asasnya merupakan tanggapan yang mempengaruhi corak pilihan terhadap bentuk, alat dan matlamat tindakan. Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan masyarakat. Sebagai anggota masyarakat, seseorang individu dipupuk dengan nilai-nilai sosial yang dikongsi bersama dengan orang lain dan nilai itu akhirnya menjadi kelaziman dalam masyarakat. Daripada kelaziman inilah maka ianya menjadi nilai peradaban yang bersifat mutlak dimiliki oleh sesebuah ketamadunan. Dalam konteks masyarakat Malaysia, nilai berbudi bahasa merupakan nilai peradaban yang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat. Nilai ini merangkumi tingkah laku, pertuturan dan perangai. Namun, nilai ini semakin tidak dititiberatkan dan memperlihatkan senario semakin terpinggir dalam kehidupan seharian masyarakat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kesedaran amalan berbudi bahasa dan melihat bentuk-bentuk pengabaian amalan berbudi bahasa tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data utama melalui tinjauan ke atas 100 orang dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
URI: http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/62
ISSN: 0127-7871
Appears in Collections:Jurnal Sains Insani

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Amalan ‘Berbudi Bahasa’ Satu Kajian Nilai Peradaban Masyarakat Malaysia.pdf429.39 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.