Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5134
Title: Penentuan Had Kifayah Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah
Authors: Ab Rahman, A. 
Tengku Zainal Abidin, T. M. 
Mohamed Nor, Z. 
Keywords: Had Kifayah;Maqasid Syariah;Zakat
Issue Date: 2017
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Journal: Jurnal Sains Insani 
Abstract: 
Had kifayah zakat merupakan mekanisme menentukan tahap ekonomi seseorang individu untuk menjalani kehidupan secara normal. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Institusi Zakat Negeri bertangungjawab dalam menentukan had kifayah zakat yang diaplikasikan di negeri masing-masing. Kaedah sedia ada yang digunapakai oleh kebanyakan MAIN dan institusi zakat adalah mengikut taksiran cukai pendapatan dan purata garis kemiskinan. Justeru artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan pendekatan maqasid syariah sebagai alternatif baharu dalam penetapan had kifayah zakat. Artikel ini akan mengenalpasti definisi had kifayah zakat dan maqasid syariah menurut Islam. Artikel ini juga akan menilai item-item yang terdapat dalam had kifayah zakat berdasarkan pandangan Islam seterusnya disesuaikan dengan maqasid syariah. Artikel ini mendapati bahawa pendekatan maqasid syariah berdasarkan kepada tahap keperluan manusia iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat dilihat mampu menjadi kaedah alternatif yang berkesan dan memenuhi kehendak Syarak. Implikasi artikel ini dapat dijadikan rujukan kepada institusi-institusi zakat di Malaysia dalam kajian semula kaedah penetapan had kifayah zakat. Kajian lanjutan boleh dijalankan oleh institusi-institusi zakat negeri bagi mengenalpasti had kifayah zakat di setiap negeri berdasarkan kepada maqasid syariah.
URI: http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/50
ISSN: 0127-7871
Appears in Collections:Jurnal Sains Insani

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Penentuan Had Kifayah Zakat Berdasarkan Maqasid Syariah.pdf751.75 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Page view(s)

2
checked on Apr 25, 2024

Download(s)

2
checked on Apr 25, 2024

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.