Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5147
Title: Potensi Ancaman Kebangkitan Kuasa Ekonomi Dan Ketenteraan China Dalam Rantau Asia Pasifik
Authors: Intan Suria Hamzah 
Sity Daud 
Keywords: Kebangkitan China;kuasa besar;ancaman ekonomi;ancaman keselamatan;hubungan serantau
Issue Date: 2016
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Journal: Jurnal Sains Insani 
Abstract: 
Sejak dahulu lagi para sarjana antarabangsa telah meramalkan China akan bangkit sebagai salah satu kuasa besar dalam ekonomi politik antarabangsa. Berdasarkan potensi China untuk bangkit sebagai kuasa nombor dua dunia, kertas kerja ini akan membincangkan bentuk-bentuk potensi ancaman China melalui ekonomi dan ketenteraan yang boleh mengancam keselamatan rantau Asia Pasifik. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji faktor-faktor kebangkitan China sebagai kuasa baru ekonomi dunia dan mengenalpasti potensi ancaman ketenteraan China terhadap keselamatan rantau Asia Pasifik. Kajian ini menggunakan konsep keselamatan insan dan dilema keselamatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa China sememangnya telah berjaya menjadi kuasa besar dalam ekonomi dunia selepas menganggotai WTO. Namun begitu, dalam perkembangan ekonomi politik antarabangsa masa kini menunjukkan China tidak menggugat sepenuhnya order antarabangsa yang sedia ada melalui ketenteraannya. China dilihat telah berusaha gigih menjalinkan kerjasama berteraskan semangat kejiranan dan hubungan ekonomi yang mapan dengan negara rantau Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.
URI: http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/10
ISSN: 0127-7871
DOI: 10.33102/sainsinsani.vol1no1.10
Appears in Collections:Jurnal Sains Insani

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.