Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5169
Title: Kerangka Konsep Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (Inaq) di Universiti Sains Islam Malaysia
Authors: Mohd Rushdan bin Mohd Jailani 
Keywords: Tawhiddan Ilmu;integrasi ilmu naqlidan aqli;Universiti Sains Islam Malaysia;kerangka konsep.
Issue Date: 2019
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Journal: AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities 
Abstract: 
Agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) telah bertapak di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seawal kewujudannya lagi. Kesungguhan USIM dalam menghayati agenda INAQ telah dinyatakan dengan jelasnya pada falsafah, misi dan tema USIM. Walaupun lazimnya INAQ ini dilihat sebagai satu gagasan utama USIM, masih belum banyak penulisan yang menyentuh mengenai kenapa gagasan ini dibentuk dan apakah yang ingin dicapai daripada gagasan ini. Matlamat makalah ini ialah untuk menerangkan maksud Tawhid dan hubunganya dengan falsafah ilmu sebagai asas utama dalam kerangka konsep INAQ. Penulisan ini juga menyentuh mengenai kepentingan gagasan, matlamat, definisi dan konsep INAQ. Metod penganalisaan teks yang memerlukan pembacaan yang analitikal digunakan dalam membuat analisis kepada tema-tema yang berkaitan daripada penulisan intelektual-intelektual Islam kontemporari yang tersohor. Penulisan ini dilihat akan mampu memberi kefahaman awal untuk usaha-usaha pengintegrasian ilmu sama ada dalam kurikulum akademik mahupun dalam penyelidikan. Kefahaman Tawhid juga akan dapat mengikat semua perbincangan ilmu yang ada di universiti untuk sentiasa berada dalam landasan yang tepat, menyeluruh dan dinamik.
URI: http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/201
ISSN: 2232-0431
Appears in Collections:Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-'Abqari)

Files in This Item:
File Description SizeFormat
KERANG~1.PDF290.51 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.