Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6825
Title: Krisis Impak Pandemik Covid-19 Dari Dimensi Dan Perspektif Kesihatan Mental Sejagat
Authors: Siti Sarawati Johar 
Mohamad Isa Amat 
Keywords: Krisis, impak, pandemik, COVID-19, kesihatan, mental.
Issue Date: 15-Oct-2020
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: E-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020) 
Abstract: 
Pandemik virus COVID-19 yang melanda dunia bergerak dalam momentum yang turut seiring dengan pelbagai letusan rasa sehingga memberikan kesan langsung mahupun tidak langsung ke atas kesihatan mental manusia. Impak itu merangkumi psikologi emosi, perasaan, fikiran sehingga membawa kepada perubahan tingkah laku individu. Di peringkat awalnya, realiti kewujudan dan bahayanya wabak tersebut dilihat sebagai suatu ancaman besar yang amat menakutkan dan agak sukar untuk diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Situasi itu sehingga kini diharapkan dapat dihadapi dengan tenang dengan melihat ia sebagai cabaran yang berimpak tinggi untuk disesuaikan dengan normal baru kehidupan yang masih belum benar-benar selamat dalam beberapa tempoh yang masih tiada kepastian. Artikel ini membincangkan tentang latar belakang senario pandemik virus COVID-19, model kepercayaan kesihatan, risiko ancaman pandemik, serta tekanan dan penyakit. Diperincikan keberkaitan isu ini dengan model kepercayaan kesihatan yang tidak seharusnya dilihat dari aspek penyakit secara fizikal semata-mata. Akan tetapi turut merangkumi impak terhadap kesihatan mental secara psikologi kerana yang menghadapinya adalah manusia yang beremosi, di samping kehidupan manusia juga sangat terkait dengan elemen-elemen sosial serta ekonomi. Secara generalisasinya, normal baru kehidupan yang perlu diadaptasi dengan merentas masa demi masa kini adalah suatu yang nyata untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam jangka masa yang mungkin masih panjang. Ia turut sangat memerlukan kolaborasi sejagat dalam keadaan fizikal, emosi dan fikiran yang lebih tenang serta stabil bagi memastikan rantaian pandemik virus COVID-19 berjaya diputuskan, walaupun masih ketiadaan vaksin.
Description: 
3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020)
COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION
Date: 15 October 2020
Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) &
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
URI: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6825
ISBN: eISBN : 9789674408367
Appears in Collections:2020 SAIS

Files in This Item:
File Description SizeFormat
KRISISIMPAK PANDEMIK COVID-19 DARI DIMENSIDAN PERSPEKTIFKESIHATAN MENTAL SEJAGAT.pdf478.54 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Page view(s)

15
checked on Apr 25, 2024

Download(s)

73
checked on Apr 25, 2024

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.