Please use this identifier to cite or link to this item: https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6957
Title: Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis: Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM
Authors: Syed Najihuddin Syed Hassan 
Abdulloh Salaeh 
Nidzamuddin Zakaria 
Walid Mohd Said 
Amran Abdul Halim 
Mohd Fauzi Mohd Amin 
Nurul Syafiqa Jafar 
Hani Athira Ahmad Safari 
Mohamad Zahid Hanafiah 
Keywords: pembangunan perpustakaan digital,;makmal hadis,;kod QR
Issue Date: 29-Oct-2020
Publisher: Universiti Sains Islam Malaysia
Conference: Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 
Abstract: 
Makmal Hadis di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah telah diwujudkan sejak awal penubuhan fakulti
demi memudahkan pengajaran dan pembelajaran hadis melalui pengalaman. Makmal ini menyediakan
sejumlah koleksi kitab hadis yang dimanfaatkan secara optimum oleh pensyarah serta pelajar dalam
mendalami proses pengkajian hadis. Makmal ini telah dilengkapkan dengan penggunaan perisian terkini seperti perisian al-Maktabah al-Shamilah dan perisian Jawami‘ al-Kalim, berserta dua ruang
pembelajaran yang berkongsi satu ruang koleksi kitab semenjak perpindahan Fakulti Pengajian Quran
dan Sunnah ke bangunan baru. Permasalahan timbul apabila koleksi kitab tidak mencukupi, tidak lengkap dan sebahagiannya rosak. Justeru, penyelesaian yang dicadangkan ialah menyediakan perpustakaan digital yang dinamakan “Wall Library” yang boleh diakses melalui kod QR menggunakan pendekatan model ADDIE. Dapatan kajian telah mendapati majoriti pengguna yang mencuba penggunaan teknologi ini berpuas hati malah teruja untuk menggunakannya. Kajian ini boleh dimanfaatkan dan diberikan nilai tambah agar memaksimakan penggunaan makmal hadis seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dalam era revolusi industri ke-4.
Description: 
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
Paper No. BM010
267 - 277
URI: www.penerbit.usim.edu.my
https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6957
ISSN: 2756-8156
Appears in Collections:2020 SWAN

Files in This Item:
File Description SizeFormat
BM010 - Pembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM.pdfPembangunan Wall Library Untuk Makmal Hadis: Satu Kajian Aplikasi Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM535.92 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.