Auf Iqbal KamarulzamanRosni WazirSuriani SudiAbdul Hadi AwangKamal Azmi Abd Rahman2024-11-262024-11-2620242024-11-25Auf Iqbal Kamarulzaman, Rosni Wazir, Suriani Sudi, Abdul Hadi Awang, Kamal Azmi Abd Rahman & Sakinah Salle (2024). Keperluan Pembangunan Model Islamik Daya Tindak Keluarga dalam Menangani Gejala Gangguan Mental Remaja di Selangor : Analysis on The Need of Islamic Developmental Models in Familial Coping for Dealing with The Symptoms of Mental Disorders Among Teenagers in Selangor. Jurnal Pengajian Islam, 17(1), 7–19. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i1.3141823-712610.53840/jpi.v17i1.314https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/314https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25229Jurnal Pengajian Islam Bilangan 17, Isu I, (Page: 7-19)Dalam penyelidikan pembangunan model, analisis keperluan dijalankan bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan pengguna. Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan dan spesifikasi model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja di Selangor. Bagi mewujudkan model yang mampu memenuhi keperluan keluarga sebagai pengguna, analisis keperluan telah dijalankan ke atas 4 orang ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang mengalami gejala gangguan mental di sekitar negeri Selangor. Pengumpulan data adalah melalui temu bual separa berstruktur dan teknik persampelan melibatkan ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami gangguan mental yang menetap di negeri Selangor. Data kualitatif daripada temu bual dengan ibu bapa telah dikategorikan dan dianalisis untuk mengenal pasti tema untuk memahami data. Analisis data mencungkil tiga tema utama iaitu: (1) Kesediaan ibu bapa dalam menghadapi anak yang mengalami masalah gangguan mental, (2) Pendekatan dan tindakan yang diambil ibu bapa dalam merawat anak mereka yang mempunyai gangguan mental dan (3) Stigma dan pandangan masyarakat terhadap pesakit dan isu gangguan mental. Analisis dapatan menunjukkan bahawa model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala gangguan mental dalam kalangan remaja berpotensi untuk berkembang dan ditambah baik. Selain daripada tiga tema utama yang dikenal pasti, cadangan dan spesifikasi yang diperolehi daripada temu bual dengan ibu bapa memberi maklumat berguna untuk membangunkan kandungan model. Dapatan ini akan digunakan untuk mereka bentuk dan membangunkan model dalam fasa seterusnya. Dapatan ini juga diharapkan dapat membantu dalam menghasilkan model yang mampu membantu mengurangkan masalah gangguan mental remaja dan memberi panduan kepada ibu bapa dalam berdaya tindak berlandaskan pendekatan secara Islam.en-USModel IslamikDaya tindak keluargaKesihatan mentalRemajaKeperluan Pembangunan Model Islamik Daya Tindak Keluarga dalam Menangani Gejala Gangguan Mental Remaja di SelangorAnalysis on The Need of Islamic Developmental Models in Familial Coping for Dealing with The Symptoms of Mental Disorders Among Teenagers in Selangortext::journal::journal article7191761