Azme Matali2025-02-132025-02-132024Azme Matali. (2024). Keperluan Program Sijil Kepakaran Usul Al-Fiqh Bagi Peningkatan Kompetensi Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam di Brunei Darussalam. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 33–41. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26291E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiMomentum ekonomi dalam era globalisasi masa kini membawa kesan positif dalam dunia perniagaan, khususnya bagi perkembangan institusi kewangan. Kinerja institusi-institusi kewangan perlu diselaraskan dengan konteks dan keperluan setempat bagi memastikan penerimaan yang meluas dalam dunia perbankan. Brunei Darussalam turut merasai impak perkembangan ini, khususnya dalam kewangan Islam, yang mengutamakan kepentingan dan kemaslahatan masyarakat tempatan. Dalam memastikan inovasi produk dan perkhidmatan kewangan Islam kekal berlandaskan syariah, pemantauan yang berterusan dan teliti diperlukan oleh pihak berautoriti, termasuk Ahli Lembaga Penasihat Syariah. Kajian ini bertujuan pertama, menilai keperluan Program Sijil Kepakaran Usul al-Fiqh bagi penasihat Syariah, kedua mengkaji persepsi terhadap penguasaan ilmu Usul al-Fiqh dan ketiga menganalisis implikasi kehadiran program ini terhadap kredibiliti institusi kewangan Islam di Brunei. Ilmu Usul al-Fiqh, sebagai asas dalam mengeluarkan hukum syarak, sangat penting untuk memperkuatkan integriti produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Justeru, program kepakaran ini diharapkan dapat menghindari prasangka negatif masyarakat terhadap institusi kewangan Islam. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif, data dikumpul melalui soal selidik dan temu bual kepada penasihat syariah, pihak pengurusan kewangan, dan pakar akademik tempatan bagi memperoleh maklumat yang jelas dan telus. Hasil kajian menunjukkan satu keperluan mewujudkan program yang signifikan ini bagi memperkukuh kredibiliti penasihat syariah. Kajian ini mencadangkan agar program Sijil Kepakaran Usul al-Fiqh diperkenalkan secara rasmi melalui program akademik di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) khususnya di bawah Fakulti Syariah dan sekaligus memenuhi keperluan institusi kewangan Syariah ke arah memantapkan kinerja Lembaga Penasihat Kewangan Syariah bagi memperkasa struktur institusi kewangan Islam agar lebih mampan seiring dengan peredaran zaman.msSijil Kepakaran Usul al-FiqhKompetensi Penasihat SyariahBrunei DarussalamKeperluan Program Sijil Kepakaran Usul Al-Fiqh Bagi Peningkatan Kompetensi Penasihat Syariah di Institusi Kewangan Islam di Brunei Darussalamtext::conference output::conference proceedings::conference paper