Raja Suzana Raja KasimNurul Azreen Salleh2024-05-302024-05-302023Pembangunan Item bagi Kesejahteraan Spiritual Islam sebagai Mediator terhadap Hubungan Kecenderungan Pengambilan Risiko dan Tekad Keusahawanan dalam Kalangan Graduan Usahawan di Malaysia Item Development for Islamic Spiritual Well-Being as a Mediator on the Relationship Between Risk-Taking Propensity and Entrepreneurial Intention among Graduate Entrepreneurs in Malaysia2805-4741https://epiiecons.usim.edu.my/index.php/eproceeding/article/view/6510.33102/iiecons.v10i1.65https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/1713110th INTERNATIONAL ISLAMIC ECONOMIC SYSTEM CONFERENCE 2023 (I-iECONS 2023) : “Sustainable Development through Innovative Economic Transformation” /Editors : Amalina Mursidi, Agoos Munalis Tahir, Suhaida Herni Suffarruddin, Norfhadzilawati Rahim, Murad Ali Ahmad Al-Zaqeba, Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin Conference Dates: August 14 2023 | Conference Location: Millennium Makkah Al Naseem Hotel Mecca Saudi Arabia Organized by Faculty of Economics and MuamalatKertas ini menganalisis tinjauan literatur bagi membangunkan item soal-selidik dan kesahan instrumen kesejahteraan spiritual Islam (KSI) sebagaimediator dalam hubungan dengan tahap kecenderungan pengambilan risiko dan tekad keusahawanan. Ini adalah berikutan dari analisis kajian pengesanan usahawan graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2022) yang melaporkan tahap kecenderungan pengambilan risiko dalam kalangan graduan masih di tahap rendah dan tekad keusahawanan menunjukkan trend yang menurun. Keputusan ini seringkali dikaitkan mempengaruhi faktor-faktor kegagalan perniagaan dalam kalangan graduanbaharu.Kajian yang mengintegrasikan pendekatan agama Imam Al-Ghazali dalam konteks kontemporarikurang diberi tumpuan.Oleh yang demikian, kajian ini dipanjangkan kepada graduan usahawan bagi mengukur kesahan dan kebolehpercayaan item KSI, Tekad Keusahawanan Ajzen (1991), dan Kecenderungan dalam Pengambilan Risiko(Meertens & Lions, 2008) secara bersepadu. Teknik Delphi dengan Modifikasi Tiga Pusingan dilihat konsisten dengan dapatan dan sorotan literatur yang lepas di mana bilangan pusingan adalah fleksibel dan mendapat ‘consensus’ selepas pusingan ketiga. Item-item yang disenaraikan diletak sebagai sangat diperlukan bila mana skor median melebihi nilai 5.50 dan diperlukan dengan skor median berada antara 3.50 dan 5.49. Panel-panel pakar memberi‘consensus’ tinggi terhadap sub-konstruk tahap keimanan, ilmu pengetahuan, ibadah dan akhlak. Oleh itu, KSI mendatangkan perasaan aman, tenang dan bahagia dalam menangani cabaranusahawan baharu. Situasi ini boleh diaplikasikan semasa mencari ilmu dan kemahiran, (seperti ilmu pengurusan kewangan);dan akhlak yang mulia (seperti menjauhi amalan pengurusan kewangan yang tidak baik). Konsep-konsep ini dapat memberikan motivasi, ketabahan, dan ketenangan dalam menghadapi tekanan dan cabaran perniagaan. Kesepaduan perspektif agama Islam merupakan inovasi penemuan baharu melalui model Al-Ghazali dan pandangan barat melalui Teori Tingkahlaku Berencana dan Model Kecenderungan Pengambilan Risiko yang kurang dikaji telah dilaksanakan dalam kajian ini.othertekad keusahawanan, kesejahteraan spiritual Islam, pengambilan risiko, graduan usahawan, MalaysiaPembangunan Item bagi Kesejahteraan Spiritual Islam sebagai Mediator terhadap Hubungan Kecenderungan Pengambilan Risiko dan Tekad Keusahawanan dalam Kalangan Graduan Usahawan di MalaysiaItem Development for Islamic Spiritual Well-Being as a Mediator on the Relationship Between Risk-Taking Propensity and Entrepreneurial Intention among Graduate Entrepreneurs in MalaysiaArticle713721