Wan Moharani MohammadNurhasma Muhamad SaadZulkipli Md. IsaMuhammad Marwan IsmailYee Chin YipSulaiman Ismail2025-05-142025-05-142024Wan Moharani bin Mohammad, Nurhasma Muhamad Saad, Zulkipli Md. Isa, Muhammad Marwan Ismail, Yee Chin Yip & Sulaiman Ismail. (2024). Analisis Terjemahan Melayu Berkaitan Ayat Tacajjub dalam Novel Zainab Karya Muhammad Husayn Haykal. Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2024 (SAIS 2024), 270–286. https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/3083-8711https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26762Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024 (SAIS 2024) Editor: Siti Rubaini Mat (K), Azman Ab Rahman, Rezki Perdani Sawai, Muhammad Nuruddin Sudin, Umi Hamidaton Soffian Lee ,Nur Ilyana Ismarau Tajuddin 26 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Institut Sains Islam (ISI) dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMUsaha menterjemahkan karya sastera bahasa Arab ke bahasa Melayu bukanlah perkara yang mudah. Penterjemah berdepan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran dalam usaha menghasilkan terjemahan dalam bahasa sasaran yang setanding dengan karya asal dalam bahasa sumber. Antara permasalahan dalam terjemahan sebegini ialah isu pemilihan padanan yang difahami serta penggunaan struktur ayat yang sesuai dengan bahasa sasaran. Novel Zainab karya Muhammad Husayn Haykal merupakan salah satu karya yang dianggap berjaya mengangkat budaya kehidupan desa Mesir serta keindahan desanya. Kehidupan desa yang dipenuhi dengan keindahan alam tapi disertai juga dengan kesukaran hidup begitu pantas membangkitkan emosi. Antara struktur ayat yang penting yang ada kaitannya dengan penyataan emosi dalaman ialah struktur ayat Tacajjub. Artikel ini cuba menganalisis terjemahan berkaitan ayat Tacajjub dalam terjemahan Melayu bagi novel tersebut. Analisis ini memanfaatkan maklumat berkaitan klasifikasi ayat bahasa Arab serta bahasa Melayu. Ia turut memanfaatkan serba sedikit pengetahuan berkaitan prosedur terjemahan Vinay & Darbelnet. Didapati bahawa ayat Tacajjub, diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan beberapa bentuk terjemahan yang bersesuaian. Diharapkan kajian seperti ini dapat sedikit sebanyak menyumbang ke arah ketepatan terjemahan karya sastera Arab–Melayu.msTerjemahan Arab MelayuAyat TacajjubNovel ZainabMuhammad Husayn HaykalAnalisis Terjemahan Melayu Berkaitan Ayat Tacajjub dalam Novel Zainab Karya Muhammad Husayn Haykaltext::conference output::conference proceedings::conference paper270286