Mohamad Hilmie Bin Mat DaudMohd Zain Bin Mubarak2024-05-312024-05-3120199789675852442http://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/11/eProsiding-i-STET-2019-latest.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18284E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah PersekutuanWakaf berpotensi besar terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah dan kini dilihat semakin berkembang dan memberi impak yang berkesan. Namun begitu aspek pengurusan wakaf yang berbeza mengikut Majlis Agama Islam Negeri menjadi antara kekangan kepada usaha memperkasakan agenda wakaf secara menyeluruh. Artikel ini memfokuskan kepada aspek pengurusan wakaf melalui penerapan fungsi-fungsi pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan kajian dokumen dijalankan terhadap Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS). Hasil kajian mendapati PWNS telah melaksanakan fungsi kepimpinan dan pengawalan dengan baik, namun masih perlu meningkatkan pelaksanaan fungsi perancangan dan pengorganisasian, khususnya dalam aspek pembentukan pelan strategik, proses pembahagian kerja yang lebih tersusun, langkah penjabatan yang merangkumi pelbagai aspek dan pembentukan struktur organisasi yang lebih baik.otherwakaf, PWNS, pengurusan wakaf, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, pengawalanAmalan Pengurusan Wakaf di Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS)Article6675