Amnah Zanariah Binti Abd RazakNurul Sofea Binti FairuzAisar Wafiq Bin RoslanAmmar Izzuddin Sulaym Bin Amir IzzuddinAtiq Shihab Bin Kamalu Arridzuan2025-11-192025-11-192025Amnah Zanariah Abd Razak, Nurul Sofea Fairuz, Aisar Wafiq Roslan, Ammar Izzuddin Sulaym Amir Izzuddin, Atiq Shihab Kamalu Arridzuan. (2025). Merangkai Intensiti: Profil Keterujaan Luar Biasa Pelajar Pintar Dan Berbakat Muslim Di Kolej Permata Insan. Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (IJURECON) 2025, 466–472. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EfVkn9zP4m9HniZRvI2XhQMBlU12RcfdxRZHlzdrKyiznQ?e=syZY7bhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28007Insan Junior Researcher International Conference & Innovation (iJURECON) 2025 : “STREAM for a Better Future/ editor : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Nurul Shazwani Binti Mohamed, Rossidi Bin Usop, Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh Organised by Kolej PERMATA Insan 10-11 October 2025Kajian ini bertujuan untuk meraikan serta memahami keterujaan luar biasa (overexcitabilities, OE) dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat di Kolej PERMATA Insan, di samping meneliti hubungan OE dengan kesejahteraan psikologi dan penglibatan akademik. Seramai 100 pelajar tingkatan satu hingga lima (13–17 tahun) yang dikenal pasti melalui gabungan skor IQ ≥ 120, prestasi akademik cemerlang dan penilaian guru dipilih secara pensampelan bertujuan. Reka bentuk kuantitatif deskriptif-korelasi diaplikasi dengan menggunakan Overexcitability Questionnaire- II (OEQ-II) versi Melayu dan Skala Kesejahteraan Psikologi Pelajar (SKPP-18). Analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi hierarki dilaksanakan menerusi SPSS v29. Dapatan menunjukkan kelima-lima dimensi OE berada pada tahap sederhana hingga tinggi, dengan skor tertinggi bagi OE emosi, diikuti OE intelek, OE imaginasi, OE sensori dan OE psikomotor. Terdapat hubungan positif sederhana yang signifikan antara OE keseluruhan dengan kesejahteraan psikologi dan penglibatan akademik. OE emosi dan OE intelek muncul sebagai peramal utama kesejahteraan psikologi, manakala OE imaginasi dan OE psikomotor meramalkan penglibatan akademik. Kesimpulannya, OE merupakan aset psikologi yang menyumbang secara positif kepada kesejahteraan dan motivasi akademik pelajar pintar dan berbakat. Implikasinya, persekitaran pembelajaran perlu menghargai ekspresi intensiti emosi dan kognitif menerusi latihan guru serta intervensi berfokus kekuatan. Kajian lanjutan longitudinal dan campuran disyorkan bagi menelusuri trajektori OE dalam konteks budaya Malaysia.msketerujaan luar biasa (overexcitabilities)pelajar muslim pintar dan berbakatkesejahteraan psikologipenglibatan akademikKolej PERMATA InsanMerangkai Intensiti: Profil Keterujaan Luar Biasa Pelajar Pintar Dan Berbakat Muslim Di Kolej Permata Insantext::conference output::conference proceedings::conference paper466472