Siti Aisyah Mohd IsamNur Adilah Ahmad AhyadAdriana Farzana ZawahirMaisarah Saidin2024-05-302024-05-302023-01-28e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17576E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Terdapat ramai ulama di Nusantara yang terkenal dengan kewibawaan dan ketokohan dalam bidang ilmu masing-masing. Tanah Melayu juga menjadi salah satu lokasi lahirnya ribuan tokoh Islam yang terkenal. Contohnya di Perak, banyak intelektual Islam yang berasal dari negeri ini masyhur dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan banyak menabur jasa kepada penduduk setempat. Antaranya ialah Sheikh Mohd Idris al-Marbawi merupakan tokoh persuratan Arab-Melayu yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara. Walaupun begitu, seiring dengan perkembangan zaman, ketokohan beliau makin dilupakan, malahan generasi muda kini kurang mengetahui sumbangan tokoh ini pada masyarakat Islam Malaysia khususnya. Justeru, amat penting bagi generasi kini mengenali tentang Sheikh Mohd Idris al-Marbawi yang mana merupakan ilmuan yang telah bertungkus-lumus mengerah kudrat dan memberi sumbangan dalam pelbagai aspek. Usaha dalam memperkenalkan ilmuan yang bernama Sheikh Mohd Idris al-Marbawi kepada khalayak ramai merupakan fokus utama dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada segala sumbangan yang telah Sheikh Mohd Idris al-Marbawi lakukan. Kajian ini akan menganalisa latar belakang hidup dan pendidikan serta sumbangan Sheikh Al–Marbawi dalam ilmu agama. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini bersandarkan penyelidikan perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa Sheikh Mohd Idris al-Marbawi merupakan tokoh ilmuan yang banyak berjasa khususnya dalam bidang Tafsir dan Hadis.otherIlmuan Nusantara, Idris Al – Marbawi, Biografi.Kajian tentang Ilmuan Islam Nusantara: Sheikh Muhammad Idris Al – MarbawiArticle245255