Anisah RazaliNoornajihan JaafarMohd Nur Adzam Rasdi2024-05-282024-05-2820222022-12-192289-960Xhttp://www.journaltamu.com/wp-content/uploads/2022/07/TAMU-Vol-81-June-2022-93-97.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4596Volume: 8 No:1 (page: 93-97)Braille merupakan satu sistem literasi membaca atau menulis yang berasaskan deria sentuhan yang telah digunakan oleh Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan dalam mereka membaca bahan bacaan bercetak termasuklah al-Quran. Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada manusia tidak mengira tipikal mahupun OKU sebagai panduan dalam kehidupan harian. Bagi OKU Penglihatan mereka menggunakan Mashaf al-Quran Braille untuk membaca. Setiap negara mempunyai sejarah kemunculan al-Quran Braille dan kaedah penulisan juga berbeza-beza mengikut negara berkenaan. Oleh itu, artikel ini mengupas sebuah buku yang bertajuk Braille AlQuran: Sejarah dan Kaedah. Buku ini membahaskan sejarah perkembangan al-Quran Braille dalam kalangan masyarakat Islam dan Barat serta kemunculan al-Quran Braille pertama di Malaysia. Ia turut membahaskan secara terperinci kaedah penulisan yang digunakan. Diharapkan kupasan ini dapat membantu memberi pendedahan dan gambaran yang jelas mengenai al-Quran Braille. Disamping, memberi kefahaman kepada golongan masyarakat terhadap al-Quran Braille yang digunakan oleh golongan OKU Penglihatan adalah berbeza dengan mashaf al-Quran yang biasa digunakan. Malah turut membuka mata kepada masyarakat mengenai bagaimana Islam sangat menyantuni dan mengambil berat komuniti OKU dalam mendekati dan memahami isi al-Quran.Al-Quran Braille, Orang Kurang Upaya Penglihatan, Sejarah, Kaedah PenulisanBraille Al-quran: Sejarah Dan KaedahBraille Al-Quran: History And MethodsArticle939718