Abd Muhaimin bin Ahmad2024-05-292024-05-2920191823-4356http://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/195https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/14722Tajzi`ah al-Quran berperanan dalam penandaan kadar bacaan dan hafazan al-Quran. Terdapat perbezaan periwayatan tajzi`ahal-Quran di kalangan para ulama’ dan qurra’di dalam karya-karya mereka. Bahkan perbezaan ini turut dilihat dalam percetakan mushaf al-Quran pada hari ini. Justeru kajian ini akan menganalisis periwayatan tajzi`ahal-Quran di dalam karya-karya ulama’ dengan menjadikan al-Bayan fi `Addi Ayi al-Qurankarya al-Dani, Jamal al-Qurra’ wa Kamal al-Iqra’karya al-Sakhawi dan Ghaith al-Naf’ fi al-Qira`at al-Sab’karya al-Safaqusisebagai bahan kajian. Seterusnya kajian ini membandingkan periwayatan ini dengan amalan semasa tajzi’ah al-Quran dalam percetakan Mushaf al-Quran di Mujamma’ Malik al-Fahddi Madinah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan dengan melakukan analisis deskriptif dan perbandingan terhadap teks yang meriwayatkan tajzi`ahal-Quran dan juga amalan semasa dalam mushaf cetakan masa kini. Kajian ini mendapati bahawa sebahagian besar periwayatan tajzi’ahtersebut (20 juzuk) adalah disepakati oleh ketiga-tiga karya ini dan ia juga selari dengan tajzi’ahdi dalam mushaf Madinah. Sebahagian periwayatan tajzi’ahini tidak disepakati dan tajzi’ahmushaf Madinah adalah selari dengan salah satu periwayatan tersebut (9 juzuk). Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat satu tajzi’ahyang tidak disepakati oleh karya-karya ini dan tajzi’ah di dalam mushaf Madinah bagi juzuk tersebut tidak selari walau dengan salah satu periwayatan.Tajziah al-Quranpercetakan mushafal-Danial-Sakhawial-SafaqusiTajzi ah al-Quran: Kajian Terhadap Periwayatan al-Dani, al-Sakhawi dan al-Safaqusi serta Amalan Semasa Percetakan MushafFragmentation Of The Quran: A Study On Al-Dani, Al-Sakhawi, Alsafaqusi’s Narration And The Current Practice Of Printed MushafArticle5475152