Muhammad Ariffin Surdi Roslan,Muhammad Ariffin Surdi RoslanHasnizam Hashim,Hasnizam HashimAzman Ab Rahman2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18568Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, MalaysiaKeadilan yang hendak dicapai melalui undang-undang jenayah bergantung kepada pelaksanaan undang- undang tatacara jenayah yang baik. Syariat Islam sudah menggariskan prinsip-prinsip umum yang menjadi rujukan kepada institusi kehakiman Islam untuk menguruskan kes jenayah dengan tatacara yang telah dikembangkan oleh para fuqaha mengikut kesesuaian masa, tempat dan keperluan. Maka, timbul persoalan tentang bagaimana Syariat Islam menyantuni golongan OKU dalam aspek tatacara jenayah dan kehakiman Islam kerana Syariat Islam turut terpakai ke atas mereka yang beragama Islam. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan tentang analisis peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia berkaitan perbicaraan golongan OKU serta tatacaranya. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan analisis teks. Kajian ini mendapati beberapa peruntukan penting dalam Undang-undang Jenayah Syariah yang menjelaskan tentang tatacara pengendalian perbicaraan bagi kes jenayah Syariah melibatkan OKU, di samping perbincangan isu-isu fekah dan perundangan yang timbul. Diharapkan kajian ini boleh menjadi panduan bagi pihak berautoriti dalam membuat kajian-kajian yang mendatang mengenai tatacara perbicaraan OKU dalam konteks Undang-undang Syariah Malaysia. Kata kunci: Perbicaraan, mahkamah syariah, orang kurang upaya, undang-undang jenayah syariahotherPerbicaraan,mahkamah syariah,orang kurang upaya,undang-undang jenayah syariahPerbicaraan Orang Kurang Upaya (OKU): Analisis Peruntukan Undang-Undang Jenayah Syariah Malaysia