Damia Syaziah Mohd RozainiSafwa Insyirah Mohd SyahrilNajihin Abdullah KamilAmnah Zanariah Abd Razak2025-10-152025-10-152024Damia Syaziah Mohd Rozaini, Safwa Insyirah Mohd Syahril, Najihin Abdullah Kamil, Amnah Zanariah Abd Razak. (2024). Meneroka Kesedaran Pelajar Tentang Isu Buli Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. Insan Junior Researchers International Conference 2024 (IJURECON 2024) , 156–159. https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EXrJQXKFR1JAurDWj_VmLiYBRXCK10uGRWJC_WRAu3bsBw?e=07OjRG3083-8509https://raudahusim.sharepoint.com/:b:/s/USIM-eDocs/EXrJQXKFR1JAurDWj_VmLiYBRXCK10uGRWJC_WRAu3bsBw?e=07OjRGhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/278075th Insan Junior Researchers International Conference 2024 (iJURECON 2024) : "STREAM for a better future”/ editors : Ahmad Fuad Mohamad Amin, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Nurhidaya Mohamad Jan, Norazlina Subani 25-26 October 2024 Organized by : Kolej Permata InsanIsu buli seringkali diabaikan dalam kalangan pelajar pintar dan berbakat Muslim kerana anggapan bahawa mereka lebih berdaya tahan dan mampu menguruskan masalah dengan sendirinya. Namun, kajian terdahulu menunjukkan bahawa pelajar dalam kumpulan ini juga terdedah kepada risiko buli, yang boleh terus kesan buruk kepada kesejahteraan psikologi dan perkembangan akademik mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memahami tahap kesedaran serta pengetahuan pelajar pintar dan berbakat Muslim tentang definisi buli, faktor penyebab, dan langkah-langkah untuk mengatasi isu ini. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual kumpulan berfokus (fokus group discussion) terhadap tujuh orang responden pelajar pintar dan berbakat Muslim yang dipilih secara bertujuan dalam kalangan responden pelajar tingkatan tiga. Data yang dikumpul dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan definisi buli, penyebab, dan strategi intervensi yang dianggap berkesan oleh pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kekeliruan dalam kalangan pelajar berkenaan definisi buli, di mana sebahagian mereka menganggap buli hanya melibatkan keganasan fizikal, sementara aspek psikologi dan emosi seringkali diabaikan. Penyebab utama yang dikenal pasti termasuk perbezaan sosial, tekanan akademik, dan kurangnya sokongan emosi. Pelajar juga menyarankan pelbagai langkah untuk mengatasi isu ini, termasuk kempen kesedaran yang lebih menyeluruh, sokongan psikososial, dan penglibatan aktif pihak sekolah serta ibu bapa. Kajian ini memberikan sumbangan dalam memahami kesedaran pelajar pintar dan berbakat Muslim mengenai isu buli serta menyediakan asas untuk intervensi yang lebih holistik dan berkesan bagi menangani isu buli ini.msKeganasan fizikalpintar dan berbakatanalisis tematiksokongan emosi.Meneroka Kesedaran Pelajar Tentang Isu Buli Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakattext::conference output::conference proceedings::conference paper156159