Lubna Abd. RahmanWan Azura Wan Ahmad2024-06-042024-06-042007https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18999Penyelidikan ini mengkaji halangan berkomunikasi dalam bahasa arab dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian soal selidik diaplikasikan dengan mengedarkan boring kepada 147 orang pelajar dari tiga buah fakulti terpilih iaitu Fakulti Syariah & Undang-undang (FSU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) DAN Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Selain daripada itu, kaedah temu bual telah diadakan antara penyelidik dan beberapa individu yang terdiri daripada ahli akademik dan pelajar tiga buah university tempatan iaitu USIM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Temu bual ini diadakan untuk mengetahui pandangan responden mengenai tahap komunikasi pelajar dalam bahasa arab serta mendapatkan panduan dan pendekatan yang boleh diaplikasikan untuk menangani halangan dan masalah komunikasi pelajar dalam bahasa tersebut. Kajian ini mendapati bahawa faktor utama yang menjadi halangan kepada para pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab di dalam kelas mahupun di luar kelas adalah faktor psikologi yang merujuk kepada sikap pelajar itu sendiri. Sikap tidak yakin, malu dan takut melakukan kesilapan ddalam pertuturan merupakan antara halangan tersebut. Beberapa pendekatan telah diutarakan dalam kajian ini, yang antara lain menyentuh penggunaan bahasa teersebut di dalam kampas secara bersepadu antara pelajar dan pensyarah serta mendapat kejasama dari pihak pengurusan univeresiti.otherHalangan Berkomunikasi dalam Bahasa Arab dikalangan Pelajar Kolej Universiti Islam Malaysia