Rohana ZakariaHayati HussinWan Zarifah Binti Wan Bahanudin2024-05-282024-05-2820232024-1-30Zakaria, R., & Hussin, H. (2023). Peranan Ibu Bapa terhadap Pembelajaran al-Quran Secara Atas Talian: The Role of Parents in Learning the Quran Online . QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(1), 8–15. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i1.602636-952110.53840/qiraat.v6i1.60https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/60/39https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7340QIRAAT (Jurnal Al-Quran dan Isu-isu Kontemporari) Volume 6 No.1 Page (8-15)Pandemik yang melanda negara telah menyebabkan pembelajaranal-Quran yang sebelum ini dilakukan secara bersemuka terpaksa dijalankan secara atas talian. Maka kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa terhadap peranan yang mempengaruhi pembelajaran al-Quran secara atas talian. Kajian ini telah dijalankan di sebuah Sekolah Rendah Islam di negeri Kelantan iaitu Sekolah Rendah Islam al-Amin Tropicana Kota Bharu, Kelantan. Seramai 103 orang responden yang terdiri daripada pelajar darjah satu sehingga darjah enam terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik yang telah diedarkan dalam bentuk google form untuk mendapatkan maklumat. Keseluruhan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science”(SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa sedar peranan mereka terhadap pembelajaran al-Quran secara atas talian. Tanggungjawab dan tumpuan mereka penting dalam menyokong pembelajaran al-Quran anak-anak dalam situasi ini. Justeru itu, ianya menunjukkan impak yang positif namun anak-anak masih memerlukan bantuan daripada ibu bapa mereka untuk memudahkan serta melancarkan lagi proses pembelajaran kelas al-Quran ini. Lantaran itu, kesedaran dan budaya yang baik ini hendaklah diberi perhatian yang lebih luas lagi terhadap penghayatan al-Quran dalam segenap lapisan masyarakat.otherPersepsi ibu bapa, peranan ibu bapa, pembelajaranal-Quran, Pembelajaran al-Quran atas talian,Peranan Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Al-quran Secara Atas TalianThe Role of Parents in Learning the Quran OnlineArticle81561