Azman Ab. RahmanSyed Salim Syed ShamsuddinNurul Nadia NozlanMuhd. Faiz Abd. ShakorAfaf Sukari2024-05-302024-05-3020212021-12-2Ab Rahman, A., Syed Shamsudin, S. S., Nozlan, N. N., Abd. Shakor, M. F., & Sukari, A. (2021). Pandemik COVID-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran Di Malaysia : Pandemic COVID-19: Challenges of Teaching and Learning (PDP) Islamic Education in Special Education for Students with Learning Disabilities in Malaysia. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1), 127-138. https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no1.1042590-379910.33102/jqss.vol5no1.104https://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/104https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15044Negara telah digemparkan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) atau dikenali juga sebagai COVID-19. Bencana wabak COVID-19 ini telah memberi implikasi yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya. Hal ini telah menyebabkan pelbagai sektor turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 tersebut termasuklah institusi Pendidikan di Malaysia. Perkara ini turut memberi kebimbangan kepada para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bersama pelajar Kurang Upaya Masalah Pembelajaran (OKU MP) perlu dilaksanakan secara atas talian. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah PdP yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas dan cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan PdP bersama para pelajar OKU MP sewaktu COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan soal selidik dan dokumentasi dalam mengumpulkan data bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah mengenal pasti teknik tertentu dan bersesuaian sebelum memulakan PdP bersama OKU MP merupakan kaedah utama dalam PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19. Cabaran utama dalam PdP Pendidikan Islam pelajar OKU MP adalah isu berkaitan kemudahan teknologi selain isu komitmen pelajar dan ibu bapa, kemahiran dan kepakaran guru serta kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sepanjang meneruskan PdP secara atas talian disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pelajar OKU MP dalam mendepani cabaran yang dihadapi bagi meneruskan PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19 serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU di Malaysia secara umumnya.otherPengajaran dan Pembelajaran (PdP), Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Masalah Pembelajaran, COVID-19Pandemik COVID-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran Di MalaysiaPandemic COVID-19: Challenges of Teaching and Learning (PdP) Islamic Education in Special Education for Students with Learning Disabilities in MalaysiaArticle12713851