Mohd Azif Aiman Bin IsmailMuhammad Rizwan Bin ZulmaniAbdullahil Munier Bin MakkulawuSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17630E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Perkembangan pesat media baharu memberi impak dalam hampir setiap sudut kehidupan masyarakat. Perkembangan ini turut membuka peluang dan ruang kepada pendakwah untuk menggunakan media sosial sebagai salah satu medium penyampaian dakwah Islamiah. Justeru, berlaku transformasi kaedah penyampaian dakwah Islamiah dalam kalangan pendakwah yang mula menggunakan media sosial khususnya Facebook dan Instagram Hal ini kerana media sosial sesuai dijadikan sebagai medium pelengkap dan alternatif kepada medium dakwah sedia ada. Namun begitu, penggunaan media sosial dalam menyampaikan mesej dakwah Islamiah perlu dilaksanakan secara berhemah dan bijaksana kepada khalayak yang berbeza-beza. Selain itu, Penyusunan perancangan, kaedah, strategi dan pengurusan yang baik adalah penting untuk menjamin keberkesanan dan kejayaan usaha dakwah. Namun, persoalan sering timbul dalam kalangan pendakwah dan organisasi dakwah ialah berkaitan bentuk dan model kaedah berdakwah yang sesuai dan praktikal untuk dipilih sebagai panduan dalam pelaksanaan dakwah tersebut. Pengabaian terhadap aspek-aspek tersebut boleh menyumbang kepada kegagalan dalam proses dakwah malahan dalam beberapa keadaan, ia mungkin boleh menjauhkan sasaran dakwah daripada mengikuti aktiviti dakwah yang dianjurkan. Sehubungan itu, penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti kategori mesej, fungsi mesej dan strategi penyampaian dakwah ustaz Wadi Anuar dalam Instagram dan Facebook . Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu kajian melalui kepustakaan dan bahan-bahan rujukan. Hasil kajian ini mendapati bahawa strategi dakwah ustaz wadi annuar adalah berkesan dan memberi Impak kedpada masyarakat tempatan kerana ustaz wadi anuar memiliki satu tarikan yang berbeza dari pendakwah lain.otherStrategi Dakwah Ustaz Wadi Anuar, Media Sosial Sebagai Medium Dakwah,Strategi Dakwah Ustaz Wadi Anuar dalam Instagram dan Facebook Sebagai Medium Dakwah Masa KiniArticle9409513