Muhammad Zarul Ikmal B Abd RashidMuhammad Rasyidie Aiman B RoslanMuhammad Mustaqeem Shaik MohideenSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17715E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesahihan hukum dan sumber dalil yang telah dikongsi oleh penerbit kartun animasi yang bertajuk 'Aqil Story' yang ditayangkan di televisyen dan media sosial. Permasalahan yang terdapat dalam cerita aqil story ialahtidak dapat dipastikan sama ada dalil atau hukum hakam adalah sahih atau tidak. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti atau mengkaji kesahihan yang terdapat dalam animasi Aqil story. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis teks terhadap cerita Aqil story berdasarkan penelitian hukum hakam yang terdapat dalam Islam. Setelah kajian ini dijalankan, didapati bahawa hukum hakam, sumber dalil dan kesahihan pendapat berkaitan dengan agama Islam menepati aspek dan tidak terpesong dari sumber utama iaitu al-Quran dan Sunnah. Rumusannya, aqil story menggambarkan sebuah cerita yang meliputi hukum-hukum Islam dalam bentuk animasi. Secara tidak langsung, cerita aqil story memberikan pedoman kepada anak-anak kecil supaya dapat memahami Islam dengan lebihsenang melalui animasi.other: Kesahihan dalil, al Quran dan Sunnah, Islam.Kesahihan Hukum atau Dalil yang Terdapat dalam Aqil StoryArticle354369