Azmawaty Mohamad NorFarhana Nabila FakaruddinShanina Sharatol Ahmad ShahHaslee Sharil Lim AbdullahMohd Awang IdrisZolkifli Mohd Dom2024-05-282024-05-28202019/2/20212231-9387https://www.adk.gov.my/orang-awam/jurnal-aadk/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6456Jilid :12 No:1Usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan, jenayah, dan pengedaran dadah terus dipertingkatkan saban tahun bagi memastikan negara bebas daripada bahaya dadah. Namun, usaha membasmi masalah dadah bukanlah perkara yang mudah dan menjadi cabaran kepada pelbagai pihak yang terlibat. Di Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjadi sebuah agensi yang penting dalam membasmi dadah melalui bidang rawatan dan pemulihan, pencegahan, dan penguatkuasaan dan keselamatan. Sejak tahun 2007, penguatkuasaan AADK mula berperanan dalam mengawal masalah dadah melalui pelaksanaan undang-undang. Namun begitu, kajian lepas banyak berfokus kepada rawatan dan pemulihan serta pencegahan dadah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memahami penerimaan dan penglibatan masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK. Kaedah kajian kualitatif dilaksanakan ke atas 45 orang masyarakat dari empat negeri berbeza yang terpilih. Protokol temubual dibina sebagai panduan untuk menjalankan temubual kumpulan berfokus. Data kajian dianalisis menggunakan analisis secara tematik untuk mendapatkan tema-tema perbincangan. Dapatan kajian menghasilkan sembilan tema penting bagi penerimaan masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK iaitu pengurangan masalah dadah, tangkapan tokan dadah, pemantapan penguatkuasaan, pembersihan kawasan penyalahgunaan dadah, menambahbaik perkhidmatan, memberi kuasa tangkapan kepada penguatkuasa, ancaman keselamatan, masyarakat mendekatkan diri dengan ahli komuniti, serta pendidikan awal dan keagamaan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan kepentingan penerimaan dan penglibatan masyarakat terhadap penguatkuasaan AADK serta implikasi kepada penambahbaikan penguatkuasan dan kajian masa hadapanen-USPenguatkuasaan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Penerimaan, Masyarakat, Penyalahgunaan DadahPenerimaan Masyarakat Terhadap Penguatkuasaan Agensi Antidadah Kebangsaan MalaysiaArticle441459121