Muhammad Hakim KamalMohamad Hussin2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16991PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesKajian ini bertujuan meninjau pendekatan Abdullah Basmeih dalam menterjemahkan iltifāt kata ganti nama (KGN) dalam TPAR. Iltifāt KGN yang melibatkan pertukaran rujukan suatu KGN kepada kata nama lain yang mana entiti bagi kedua-dua komponen berkenaan merujuk kepada entiti yang sama. Iltifāt KGN merupakan gaya bahasa yang kerap diaplikasi dalam al-Quran kerana penerapannya mevariasikan ujaran dan menarik perhatian pendengar. Kajian terdahulu menunjukkan terjemahan iltifāt secara literal boleh menyebabkan salah faham pembaca terhadap entiti KGN. Kajian kualitatif deskriptif ini mengaplikasi kaedah interpretif dalam menganalisis data. Manakala teknik terjemahan taksonomi Vinay dan Darbelnet (2000) dijadikan sebagai landasan kajian. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan penterjemah kepada teknik literal ketika menterjemahkan iltifāt KGN. Teknik ini mengundang kepada terjemahan ayat yang tidak idiomatik dan menyimpang daripada makna asal teks sumber. Terjemahan iltifāt KGN dalam al-Quran sewajarnya diserlahkan dengan penerapan teknik eksplisitasi. Kajian ini menunjukkan pentingnya penerapan teknik terjemahan yang tuntas dalam menterjemah elemen bahasa yang tiada padanan dalam bahasa sasaran agar terjemahan sepadan dapat dihasilkan sebaiknya.otherTerjemahan Abdullah Basmeih, Iltifāt, Terjemahan al-Quran, Teknik Terjemahan.Terjemahan Iltifāt KGN Ilahi oleh Abdullah Basmeih dalam al-QuranArticle173189